Jangan Simpan Dendam Pada Bekas Kekasih, Ini Berkat Memaafkan Orang Ketika Masih Hidup.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hati siapa saja yang tidak sakit bila dipermainkan dan dilukai. Walaupun sebenarnya kalian sememangnya tidak berjodoh, tetapi jika berpisah dengan cara yang tidak baik tentunya akan membuat seseorang menyimpan dendam.

Nak-nak lagi jika punca perpisahan itu kerana berlakunya curang, pasangan tipu ataupun didera mental serta fizikal oleh pasangan, tentu saja akan membuatkan menyimpan luka dihati.

Orang kata, memaafkan itu mudah tapi untuk melupakan bukanlah suatu perkara semudah kata-kata. Sebab itu dalam bermain dengan hati orang ini, perlu fikir juga akibat yang akan datang.



Buat anda yang tersakiti,

Yang terluka,

Yang dicurangi...

Belajar memaafkan seseorang itu walaupun hati anda begitu terluka dengan sikapnya. Jangan simpan dendam di dalam hati, ia hanya membuat hati anda tidak tenang. Bukan itu saja, anda juga yang merugikan diri sendiri.



Sesungguhnya seseorang manusia itu masuk syurga hanya kerana rahmat Allah. Adakah kita ingin mengharapkan solat kita yang tidak khusyuk, tidak sempurna? Adakah kita ingin mengharapkan pahala puasa kita dalam keadaan lalai dan tidak menjaga tutur kata? Bahkan jika kita beramal beribu tahun pun belum tentu mampu menampung segala dosa yang dilakukan.

Maka dengan rahmat dan keampunan Allah jua yang membolehkan kita terlepas daripada hukuman Allah dan mampu masuk syurga. Percayalah, satu saat menerima seksaan di akhirat kelak pun kita tidak terdaya.

Kita perlu beringat, jika orang melakukan dosa dan kesalahan kepada kita, maka kita juga pernah melakukan dosa dan kesalahan kepada orang.

Mungkin berkat kemaafan yang diberikan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa di dunia, Allah juga akan memaafkan kita kelak di mahkamahNya. Kebaikan kita di dunia pasti akan dibalas kebaikan. Kita tidak rugi malah mendapat kemenangan di akhirat.

Sebolehnya selesaikanlah urusan sesama manusia di dunia, usah dibawa dendam dan rasa tidak puas hati ke akhirat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen