Kenapa Perempuan Lebih Benci Orang Ketiga, Bukan Benci Lelaki Itu?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila berlakunya kes curang atau bermain kayu tiga di belakang isteri, rata-rata isteri akan menyerang si orang ketiga itu. Sedangkan, dalam kes ini suami juga turut bersalah. Orang kata, tepuk sebelah tangan tidak berbunyi, tetapi kenapa orang perempuan juga yang diserangnya?

Selalu sangat kita lihat situasi ini bukan?

Sepatutnya, rasa marah dan benci bukan hanya pasa orang ketiga itu saja, tetapi si lelaki juga perlu dapat tempiasnya. Kenapa ya, perempuan tidak benci lelaki tetapi benci orang ketiga itu?



Berikut adalah sebab-sebabnya;

1. Bandingkan diri mereka

Wanita secara automatik akan membandingkan diri mereka dengan orang ketiga. Mungkin dia lebih cantik, lebih seksi, pakaiannya terbuka dan sebagainya. Perkara yang menjadikan dia dan wanita tersebut sangat berbeza. Inilah yang menimbulkan kebencian kerana apa yang ada pada wanita itu tidak ada pada dirinya.



2. Tak percaya bahawa suaminya berlaku curang

Ramai isteri yang tidak menerima hakikat bahawa suami baik mereka menipu dirinya. Dia merasakan dia telah mengenali suaminya selama ini dan mempunyai hubungan yang bahagia. Dia berpendapat suaminya tidak akan pernah curang kerana dia bukan jenis lelaki, tanpa mengetahui bahawa setiap orang mempunyai banyak aspek keperibadian.

3. Percaya bahawa wanita menggoda

Tidak menghairankan jika lelaki mudah tertarik dengan wanita cantik dan seksi sebagai orang ketiga dalam hubungan. Seorang isteri menganggap "jika wanita itu tidak mahu, maka kecurangan itu juga tidak akan berlaku" jadi sudah pasti bahawa wanita sememangnya kaki penggoda.



4. Tidak mahu terima kelemahan diri

Sebenarnya dengan kejadian curang, seorang wanita menyedari dirinya bahawa mungkin dia mempunyai kelemahan atau kekurangan sehingga suaminya berpaling untuk mencari wanita lain. Tetapi daripada mengakui kelemahan itu, mereka lebih menjaga kebanggaannya dan menganggap curang itu salah.

5. Percaya bahawa jika tidak ada orang ketiga, perkahwinan akan bahagia lagi

Kepercayaan semacam itu sering dipegang oleh wanita yang 'optimis' bahawa perkahwinan mereka akan baik-baik saja setelah kecurangan suaminya itu pergi dan hilang, tanpa mengetahui bahawa ada alasan yang lebih penting untuk dibincangkan dan mesti diselesaikan antara dia dan suaminya.

Ini adalah antara sebab mengapa wanita lebih bencikan orang ketiga berbanding pasangan mereka sendiri. Orang kata, cinta itu buta. Ya, ramai wanita yang buta kerana menyayangi lelaki yang tidak tahu untuk setia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen