Suami Rasa Tidak Disayangi Kalau Isteri Buat Perkara Ini...

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang isteri, sangat penting untuk kita menjaga hati suami dengan baik. Tidak kiralah apa pun kurangnya suami itu, tetapi tugas isteri adalah menjaga hati suami. Jika seorang isteri selalu ingin dicintai dan disayangi suami, begitu juga dengan suami.

Ramai yang mengabaikan perasaan suami tetapi lebih penting perasaan diri sendiri, dengan alasan kita isteri perlukan perhatian dan kasih sayang yang cukup, tapi bagaimana pula dengan suami?



Apa yang isteri mahukan, itulah juga suami mahukan. Jika isteri mudah tergores hatinya, begitu juga suami. Cuma yang membezakan adalah suami buat tidak tahu dan mudah abaikan tetapi isteri mudah ikut emosi sendiri.

Kalau dah jadi isteri, kena tahu jaga hati suami. Suami akan merasa tidak disayangi bila isteri lakukan perkara ini...

Tidak hormat pandangan suami

Begitu mudah anda perlekehkan pendapat dan pandangan suami yang kadang kala jauh lebih baik dari anda. Jangan gunakan alasan perempuan selalu betul maka suami kena ikut segala kata anda. Akan tetapi, bertolak ansur dan saling pertimbangkan pendapat masing-masing barulah keputusan yang dibuat lebih bernas. Suami ini ketua keluarga, jadi dia lebih berhak untuk beri pendapat dan suarakan apa yang dia rasakan.



Selalu tinggi suara

Suami itu bukan pekak untuk anda terjerit-jerit ataupun sengaja tinggikan suara untuk tunjuk anda berkuasa. Jika anda bercakap dengan nada yang elok tentunya suami akan rasa dihargai dan mudah menghargai anda. Ini kalau dah selalu sangat tinggi suara sampaikan tiada rasa hormat pada suami, jangan hairan kenapa hubungan kalian makin renggang.

Tak memahami

Cuba kadang kala memahami hati suami. Apa yang membuat dia resah, membuatnya bekerut dahi dan mendiamkan diri. Jangan buat tak tahu dan tak ambil peduli akan perasaan suami. Jika lihat dia seperti tak kena cuba bertanya dan ringan diri untuk kurangankan bebanan dirinya. Jika anda hanya pentingkan diri anda saja, jangan tanya kenapa suami lebih suka keluar berbanding duduk di rumah.



Selalu tunjuk keras kepala

Jangan ambil kesempatan atas kebaikan suami anda, sepatutnya anda bersyukur kerana memperolehi suami seperti itu. Tapi kalau anda selalu tunjuk keras kepala, jangan terkejut kalau suami mula tawar hati. Tidak kiralah secantik mana anda pada ketika itu, kalau suami dah tawar hati memang dia angkat kaki.

Bergurau boleh tapi jangan perlekeh

Bergurau senda itu memang resepi keluarga bahagia, tapi kena juga tahu batasnya. Jangan anda bergurau sampai memperlekehkan dirinya, sebagai contoh, perlekeh perkerjaannya. Sekecil mana pun gaji suami anda, dia tetap ketua keluarga dalam keluarga anda.

Nak suami sayang kita, tengok layanan kita bagaimana pada dirinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen