Bahasa Tubuh Luahkan Isi Hati Anda?

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang tidak tahu bahawa gerak tubuh ini memberi isyarat kepada orang lain. Nak tahu orang itu selesa atau tidak dengan anda, gerak tubuhnya akan memainkan peranan. Kita berbual kita akan cenderung untuk melihat gerak tubuh seseorang, dari situ anda boleh menilai seseorang itu.



Tahu tak gerak geri tubuh yang anda tunjukkan merupakan bahasa badan yang dapat membongkar maksud isi hati anda sendiri. Bahasa badan atau komunikasi tubuh badan merupakan mesej tersirat yang boleh dibongkar jika faham dan tahu maksudnya.

Ini antara beberapa gerak geri bahasa badan yang menyampaikan maksud tersirat diri anda.

Menyilang Lengan

Postur menyilang lengan seperti ini memberi mesej-mesej yang tersendiri seperti mesej yang bermaksud cuba melindungi diri, panik, berasa degil atau pun cuba menjarakkan diri daripada orang lain.



Pandangan Mata

Mata merupakan tingkap jiwa manusia, ini dapat di nilai menerusi pandangan mata seseorang semasa berbual. Dengan membuat eye contact menunjukkan kamu berminat dan memberi perhatian terhadap orang tersebut.

Manakala jika orang tersebut tidak membuat eye contact dan kerap memandang ke tempat lain, ini bermaksud orang tersebut berasa tidak selesa dan cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Duduk Sambil Kaki Terbuka Luas

Jika kamu atau orang sekeliling kamu duduk dengan gaya seperti ini, ia memberi mesej bahawa kamu membuat kawasan atau menunjukkan kuasa dominasi terhadap ruang tempat duduk di situ. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa kamu seorang yang terbuka dan mudah menerima sesuatu perkara.

Duduk Sambil Menyilang Kaki

Gaya duduk seperti ini juga memberi gambaran dominasi, berkeyakinan dan ia menunjukkan zon kuasa kamu. Secara tidak langsung postur ini telah memberi mesej kepada orang lain bahawa betapa kamu sangat berkeyakinan dan mempunyai jati diri yang kuat.

Bercekak Pinggang

Bercekak pinggang seperti ini membawa mesej bahawa diri kamu seorang yang tinggi keyakinan diri, berani dan memberi aura diri seseorang yang kuat. Biasa postur ini dilakukan apabila ingin menunjukkan diri kamu adalah seorang yang berani dan berkeyakinan.

Menggenggam Tangan

Gerak geri seperti menggenggam tangan membawa maksud bahawa kamu sedang menahan marah, geram, atau menunjukkan bahawa diri kamu merupakan seorang yang bersemangat. Bahasa badan seperti berlaku bergantung pada jenis situasi yang kamu hadapi ketika itu.



Senyum Dengan Kerap

Melakukan senyuman dengan kerap menunjukkan mesej diri bahawa kamu adalah seorang yang bersikap positif semasa berinteraksi dan dalam masa yang sama ia juga menunjukkan bahawa kamu adalah seorang berperwatakan menarik.

Jadi selepas ini kena berhati-hati gerakkan badan anda, takut-takut tersalah anggap pula.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen