Orang Lelaki Jangan Hanya Berani Menabur Janji, Tapi Takut Untuk Meminang Si Gadis.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata meluahkan rasa cinta dan juga menabur janji itu mudah untuk diperkatakan tapi bila untuk lakukannya dengan membuktikan melalui sebuah ikatan perkahwinan ia bukan mudah. Mana tidaknya, banyak perkara yang perlu difikiran bila memulakan langkah untuk berkahwin ini.

Yang paling menakutkan dan membimbangkan adalah tanggungjawab yang akan dipikul sebagai suami kelak. Sebab itu bagi sesetenagah lelaki dari susah-susah pening kepala fikirkan tanggungjawab lebih baik kekal dalam hubungan cinta saja.



Jadi bagi lelaki diluar sana, jangan hanya berani mencintai, tapi beranilah menikahi. Miliki ia dengan ikatan pasti perkahwinan, beranilah untuk mendatangi orang tuanya sebelum anda membuat jatuh cinta dalam akan cinta yang ada.

Jangan bermain dengan hatinya dengan kata-kata manis yang kosong

Jika niat anda hanya sekadar inginkan hubungan yang tidak ada tanggungjawab dan sekadar hubungan yang suka-suka saja, jangan bermain dengan hati si gadis. Ini kerana, si gadis akan meletakkan harapan yang tinggi pada anda. Bila dia terluka, sukar untuk sembuh. Lagipun, hati seseorang bukan untuk dipermainkan tetapi untuk dijaga dan dihargai.



Jangan dekati dia kalau tidak mahu nikahinya

Jika anda tidak mahu menikahi dirinya, jangan dekati dia dengan janji-janji kosong yang anda tidak mampu tunaikan. Itu semua tidak bernilai baginya. Apa yang seorang wanita mahukan adalah lelaki yang ikhlas menginginkan dirinya dan ingin menikahi dia, bukan itu dipermainkan.

Patah hati itu menyakitikan bukannya hiburan

Maka dari itu, jangan mendatanginya jika hanya ingin membuat patah hati, kerana untuk bangkit dari rasa sakit itu perlu masa. Salah siapa? Jika anda meminta bertanya untuk satu kebenaran, maka jawapannya adalah salah diri anda yang membual dan mengajaknya dalam hubungan yang tak pasti.



Wanita sering guna emosi, itu yang mereka mudah percaya

Mereka ini tidak berfikir secara mendalam, bila anda katakan sesuatu yang manis dan berjanji dia mudah percaya tanpa memikirkannya. Walaupun sebenarnya anda hanya menggunakan kata-kata itu sekadar untuk memujuk dirinya saja tanpa ada niat yang jelas. Bila dia gembira dia mudah percaya akan kata-kata seperti itu.

Hargai perasaan wanita, mereka ini manusia seperti anda

Jika anda tidak mahu dilukai oleh orang lain, maka jangan melukakan seseorang juga. Setiap orang ada perasaan yang perlu dijaga dan dihargai bukannya dipermainkan sesuka hati. Cuba bayangkan jika anda diperlakukan seperti itu oleh wanita lain, tentu saja anda akan rasa perkara yang sama.

Bila sudah bersedia nak berkahwin, barulah dekati mereka yang betul-betul anda inginkan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen