Nak Guna Duit Isteri, Suami Kena Minta Izin Dulu. Ramai Yang Terlepas Pandang Bab Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan nak berkira ataupun kedekut, walaupun sudah berkahwin dan perlu kongsi semua perkara tapi bab wang ringgit ini ada yang perlu anda ikuti. Nak-nak lagi jika seorang suami ingin menggunakan wang isteri, bukan boleh sambil lewa guna ikut suka saja.

Sebab itulah bila dah kahwin, ramai yang akan kata “duit suami duit isteri manakala duit isteri adalah duit isteri”. Walaupun isteri berkerja dan bergaji besar sekalipun, duit dia adalah milik dirinya sepenuhnya. Bukan untuk tanggung keluarga dan perbelanjaan dapur.



Suami sebenarnya tiada hak ke atas duit isteri, tapi isteri mempunyai hak sepenuhnya ke atas duit suami. Jangan rasa tidak adil pula kenapa suami tidak boleh guna duit isteri sedangkan isteri pula sebaliknya.

Malah perlu diingatkan bahawa, sebelum anda ingin menyuruh isteri bayar itu ini ataupun mengambil wang isteri, seorang suami perlu meminta izin terlebih dahulu. Bila dia izinkan anda guna duitnya untuk keselesaan bersama barulah anda boleh guna.



Haram guna duit isteri tanpa izin

Bukannya, duit isteri untuk bayar kereta, rumah, pengasuh, belanja dapur dan keperluan dirinya tetapi duit suami pula lebih kepada kepentingan diri. Sebagai contoh habiskan duit pada minat dan hobinya. Tak salah pun, tapi kena utamakan isteri dan keluarga dulu, kalau ada lebih itulah untuk diri anda.

Jangan guna alasan bahawa gaji isteri lebih besar maka dia lebih layak untuk bayar itu ini. Sedangkan semua perkara yang isteri bayar itu adalah tanggungjawab suami. Sebab itu perlu minta izin isteri kalau nak guna duitnya, suami perlukan redha isteri dan kebenaran dirinya jika tidak ia akan menjadi haram. Suami tidak boleh paksa isteri jika isteri tidak izinkan.

Perkara ini sering sangat berlaku pada hari ini, dimana suami akan menyuruh isterinya melakukan pembayaran itu ini menggunakan duit miliknya dulu tanpa mengganti balik. Itu tanggungjawab suami bukan isteri.



Kena tahu tanggungjawab bukan kahwin atas dasar cinta saja

Sebab itu sebelum kahwin lagi kena tahu akan erti tanggungjawab sebenar sebagai seorang suami. Suami ini adalah ketua keluarga dan bahunya penuh dengan tanggungjawab. Nak jadi suami ini bukan kena pandai kumpul duit kahwin saja tapi lebih kepada tahu laksanakan tanggungjawab selepas kahwin nanti.

Bila kenal erti tanggungjawab, barulah perkahwinan yang dibina itu tidak rasa kosong dan terbeban. Walaupun cinta itu penting tapi lepas kahwin tanggungjawab lebih penting.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen