Jangan Khianati Kepercayaan Pasangan, Bila Terluka Sukar Nak Sembuh Semula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila hubungan tak macam pasangan lain, bila pasangan mula rasa curiga. Jangan salahkan pasangan yang terlebih berhati-hati atau terlebih tindakan. Akan tetapi, salahkan diri sendiri yang pandang remeh terhadap kepercayaan yang pasangan berikan.



Bila si dia dah menjadi pasangan kita, jangan pula kita buat tak kisah dan tak ambil peduli. Lebihkan orang luar dan lukakan hati si dia, sedangkan masa inilah hati dia lebih penting dan perlu di utamakan. Jangan gunakan asbab sudah berkahwin, sudah lama berkenalan hingga membuatkan anda acuh tak acuh terhadap semua perkara.

“Hari ini mungkin dia ada di sisi anda, takut esok lusa anda bersendirian di temani air mata.”

Jangan sengaja anda khianati pasangan anda sedangkan anda sepatutnya sedar akan janji yang telah anda katakan padanya untuk setia bersamanya dan anda juga perlu tahu akan status diri anda. Jika rasa tidak mampu semua itu, jangan menyuruh pasangan anda untuk setia.

Antara perkara yang sering kali kita pandang mudah bila sudah ada pasangan tetapi masih lagi lakukan ini.



Dalam diam bermesra dengan kawan berlainan jantina

Mungkin bagi anda, ia hanya sekadar rakan saja. Akan tetapi, jika layanan yang diberikan itu berlebihan dan istimewa sedikit siapa saja yang tidak curiga. Nak-nak lagi pasangan sendiri, sudah tentu sedikit sebanyak kepercayaannya akan goyang walaupun bukan seperti yang dia fikirkan. Kadang pasangan ini tidak mahu memikirkan perkara yang bukan-bukan, tetapi tindakan anda yang membuatnya seperti itu.

Memuji orang lain tanpa memikirkan pasangan

Mulut memang sedap memuji orang lain tanpa memikirkan hati orang sekeliling. Tapi bila dah ada pasangan ini anda perlu memikirkan dirinya. Jangan main sedap cakap sehingga melukakan hatinya. Walaupun ia sekadar pujian saja, tetapi dengan pasangan sendiri anda kedekut pujian pun membuatnya rasa tidak mempercayai anda.

Dalam diam main kayu tiga di belakang pasangan

Tidak ada rahsia selamanya akan kekal selamat, nak-nak lagi jika anda sudah mempunyai suami atau isteri. Rasa tidak tenang dan selalu ingin berjaga-jaga boleh saja dihidu oleh pasangan anda. Jangan ingat perbuatan anda itu tidak akan terbongkar, capat atau lambat tentu saja akan terkantoi. Masa itu, maaf sudah tidak berguna hati pasangan sudah terluka.



Sorok-sorok perbualan bersama rakan-rakan anda mengenai perkara tidak sepatutnya

Bila dengan rakan-rakan ini memang seronok bercerita tentang apa saja. Ada yang bila dengan rakan ini dia akan berbual mengenai nak kahwin lain, aib pasangan dan macam-macam lagi. Itu belum lagi yang masukkan gambar bukan-bukan. Tentunya perkara ini ingin disembunyikan tidak mahu diketahui pasangan. Tapi bila pasangan tahu, sudah tentu dirinya akan meragukan anda.

Perpisahan yang berlaku kerana punca diri sendiri adalah satu penyesalan yang akan rasa setiap hari selepas itu. Kalau ada peluang kedua sekalipun, layanan sudah tidak sama. Yang lebih tragis sudah tiada peluang tetapi lebih kepada bawa haluan masing-masing. Sudah tentu anda yang akan rasa begitu menyesal bukan.

Berpisah kerana salah sendiri adalah satu perkara yang paling akan anda sesali. Anda tidak mungkin menjumpai seseorang yang sama sepertinya. Setiap hari anda akan menanti untuk dia kembali.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen