Berat Mata Nak Kekal Berjaga Selepas Subuh, Begini Caranya Agar Kekal Segar.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah sedap tidur memang liat nak bangun dan bertahan untuk tidur semula. Sebab itu kita yang bujang ini, bila saja selesai solat subuh mula cari bantal dan selimut semula. Lagipun, pada waktu itu sangat lena kalau sambung tidur semula.

Nak kekal berjaga hingga ke siang memang payahlah cerita dia.



Lagipun, pada waktu matahari naik ini adalah saat yang dikatakan mudah untuk rezeki masuk. Jadi kalau anda sambung tidur, rugilah anda. Rezeki pergi kepada orang lain.

Bukan itu saja, amalan tidur selepas waktu Subuh sehingga matahari terbit adalah tidak digalakkan. Kajian saintifik menunjukkan pada waktu pagi, badan menghasilkan hormon serotonin paling tinggi.

Ini 7 cara nak elakkan diri dari tidur selepas subuh



Menyedari manfaat ini, mari kita lihat tujuh panduan yang boleh diikuti untuk mengelak daripada tidur selepas Subuh.

1. Tidur awal

Tidur yang mencukupi pada malam hari menjadikan badan lebih segar dan cergas. Waktu tidur yang dicadangkan adalah sekitar 6.5 jam. Dalam tempoh ini, badan berada dalam fasa penumbuhan dan pemulihan dan hati menjalani proses detoksifikasi sekitar jam 11 malam hingga 3 pagi.

Seperti tubuh yang berkehendak untuk bernafas, makan dan minum, tidur juga tidak terkecuali. Jangan pandang remeh pada nikmat yang Allah beri ini.

2. Mandi

Mandi dapat menyegarkan tubuh. Air sejuk yang terkena permukaan kulit meningkatkan keupayaan arteri untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Akibatnya, jantung berdegup laju dan sistem peredaran darah adalah pada tahap yang paling optimum.

3. Kemas katil

Dengan mengemas katil setiap pagi anda sebenarnya telah berjaya menyelesaikan tugasan pertama pada hari tersebut. Hasilnya, anda akan jadi lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan harian yang lain. Jika berasa mengantuk, anda mungkin tidak sanggup untuk merosakkan katil yang sudah anda kemas dan susun rapi tadi.

4. Zikir harian dan membaca al-quran

Lazimi doa-doa yang mathur yang diamalkan oleh Rasulullah SAW seperti al-Mathurat setiap pagi. Anda juga boleh membaca surah-surah pilihan daripada al-Quran. Pilih satu ayat yang membuat anda terkesan dan tulis semula ayat ini di dalam buku catatan berserta maknanya. Perhatikan sebab-sebab penurunan ayat dan kaitkan dengan kehidupan anda.

5. Sarapan

Pastikan anda mengambil sarapan seawal satu jam selepas bangun dari tidur. Sarapan bukan saja membekalkan tenaga untuk tubuh malah amalan ini membantu sistem metabolisme tubuh berada pada tahap yang paling optimum. Anda akan jadi lebih cergas dan dapat mengawal diri daripada makan secara berlebihan.

6. Senaman

Setiap pagi, peruntukkan 30 minit untuk melakukan pergerakan fizikal seperti berjalan kaki, menaiki tangga, berlari atau berbasikal. Aktiviti ini bukan sahaja mencegah diri anda daripada penyakit, malah anda akan kekal cergas dan bersemangat.

7. Qailulah

Maksud qailulah ialah berehat atau tidur sebentar sebelum gelincir matahari atau sebelum masuknya waktu Zuhur. Bagi yang melazimi solat sunat tahajud, amalan qailulah merupakan amalan sunat sebagai persediaan untuk qiyamullail. Secara ringkasnya, dengan qailulah anda akan lebih cergas untuk meneruskan hari anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen