Orang Lelaki Pandang 5 Perkara Ini Dalam Diri Wanita Sebelum Memilihnya Sebagai Pasangan Hidup.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau selalunya cakap perempuan memilih dalam mencari pasangan hidup, orang lelaki juga tidak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama. Mana tidaknya, berkahwin ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main malah kalau boleh perkahwinan yang terbina ini cukup sekali seumur hidup.

Sebab itulah dalam memilih pasangan hidup ini ada penilitian dan pemilihan yang baik sekali. Keputusan yang dibuat pun tak boleh main gitu-gitu je.

Orang lelaki ini dekat mulut memanglah akan kata bahawa mereka ini inginkan wanita yang cantik sebagai pasangan hidup. Tapi, cantik saja tak cukup kalau beberapa perkara lain tak kena pada matanya. Nak tahu apa itu?



Mampu atau tidak mengatur emosi sendiri

Wanita seperti yang kita tahu lebih cenderung untuk menggunakan emosi mereka dalam pelbagai perkara. Tidak semua wanita mampu mengawal emosi mereka dengan baik. Wanita seperti ini bijak dalam membezakan mana yang baik dan tidak, malah mereka ini juga tidak akan berfokus pada masalah tetapi berfokus pada penyelesaian dan bukannya drama dalam hubungan.

Perempuan dengan kecerdasan emosional juga sangat disukai kerana biasanya mereka mampu menggunakan ego seorang lelaki dengan cara berkompromi atau mencari jalan tengah kompilasi yang terjadi pada perdebatan. Perempuan seperti inilah yang menjadi idaman setiap lelaki, apalagi lelaki yang ingin mempunyai hubungan yang serius.



Miliki kepercayaan diri

Kedua, yang lain yang dilihat oleh lelaki pada wanita yang mempunyai kepercayaan diri, mungkin anda tidak menyadarinya melainkan, beberapa lelaki melihat hal ini pada anda. Bagaimana lelaki boleh mempercayai anda sebagai pasangannya sekiranya anda tidak memiliki kepercayaan diri.

Kepercayaan diri yang dimiliki oleh seorang wanita akan memancarkan kecantikannya dari dalam, auranya pasti berbeza dengan wanita pada waktu. Tanpa perlu bertanya, wanita dengan kepercayaan diri adalah magnet bagi setiap lelaki.

Miliki ketegasan dan kelembutan yang sama

Lelaki sukakan wanita yang tegas tapi pada masa yang sama dapat melihat kelembutan mereka juga. Sering kali wanita lebih terdedah dengan dilema yang mereka tidak dapat lakukan dengan tegas. Bukan itu yang disukai lelaki. Mereka ini lebih memilih wanita yang tahu apa yang dia inginkan. Tapi pada masa yang sama mereka ini masih menunjukkan kelembutan mereka dalam membuat keputusan.

Lelaki boleh lemah dengan kelembutan seorang wanita. Lelaki sangat beruntung sekiranya mendapatkan pasangan yang dapat tegas tetap lembut dalam satu masa.



Mampu berdikari sendiri

Berdikari bukan bermaksud tidak perlukan bantuan lelaki, tapi mampu berdiri sendiri jika tiada lelaki di sisi. Lelaki suka dengan wanita yang meminta bantuan darinya tapi bukan mengambil kesempatan darinya. Jika wanita tersebut selalu ambil kesempatan dan meminta bantuan darinya tidak kira berjuahan atau dekat tentunya hanya merimaskan dirinya saja.

Berbeza dengan wanita yang mampu berdikari, mereka dapat membezakan antara perkara peribadi yang mesti menjadi tanggungjawab mereka sendiri dan yang dapat dikongsi dengan pasangan.

Hargai kekuatan pasangan dan lengkapan kekurangnya

Akhirnya, satu lagi perkara yang dilihat oleh lelaki pada wanita ketika mereka ingin melakukan hubungan yang serius adalah kemampuan wanita untuk menghargai kekuatan pasangan mereka dan melengkapkan kelemahan mereka. Tidak semua wanita dapat melakukan ini kerana selalunya wanita tidak dapat mengawal ego mereka sehingga tidak dapat saling melengkapi.

Lelaki juga perlu dihargai dan mereka adalah manusia biasa yang mempunyai kekurangan, sama seperti wanita. Sebagai pasangan, memang wajib saling melengkapi agar hubungan menjadi berkekalan dan tidak mudah mengalami konflik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen