Untung Lelaki Lepas Kahwin Semakin Senang Hidupnya. Tapi Yang Perempuan Apa Kurangnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap bab kahwin ini, ramai yang merasakan ia lebih berpihak kepada orang lelaki. Dimana, ia merasakan lepas kahwin nanti lelaki lebih terurus berbanding wanita. Nak-nak lagi bab makan pakai, memang memudahkan orang lelaki jika sudah berkahwin.

Sebab itulah, sering kali kita dengar mak-mak bila suruh anak lelaki mereka kahwin akan kata...

“Nanti lepas kahwin makan minum ada yang urus dan masakkan.”

“Baju nanti ada yang basuhkan dan susunkan.”

Malah hidup orang lelaki akan lebih mudah dan tersusun, tidak sewaktu bujang yang mungkin akan tidak terjaga. Sebagai contoh, bila tiada makanan hanya makan mee segera sebab mudah, baju pula pakai berulang kali kerana tidak sempat basuh. Nampak tak dia punya perbezaan itu.



Bab-bab kahwin ini memang akan menyenangkan hidup lelaki. Mana tidaknya, ramai isteri yang bersedia memikul tanggungjawab ini untuk suami mereka. Mereka akan melakukan apa saja untuk beri keselesaan kepada suami mereka.

Nak-nak isteri di dalam masyarakat kita yang sering dimomokan kalau tak pandai jaga suami, nanti suami lari. Sebab itulah masing-masing akan cuba sedaya upaya untuk jadi isteri yang terbaik agar suami tidak lari darinya.



Walaupun bab rutin harian ini nampak macam menyenangkan mereka tapi dalam tak sedar sebenarnya mereka ini memikul tanggungjawab yang bertambah. Mana tidaknya, kalau dulu tak makan nasi pun okay je, tapi sekarang ini ada mulut isteri kena suap itu belum lagi anak. Sudah tentu perlu diberikan makan dan bukannya diabaikan.

Dalam tak sedar tanggungjawab mereka bertambah berbanding waktu bujang dulu malah lebih memeningkan kepala mereka. Itu yang ramai isteri-isteri tidak nampak. Ada yang sanggup kerja lebih masa untuk pastikan anak isteri makan dengan cukup.

Tidak cukup sebenarnya jika cakap kesenangan suami saja dalam rumahtangga, isteri pun selepas kahwin akan merasai kesenangan juga. Nak-nak lagi kalau dapat suami yang bertanggungjawab, tentu saja sangat menguntungkan isteri.

Kalau waktu bujang dulu semua duit perlu dilaburkan untuk diri sendiri, tapi selepas kahwin sudah tidak begitu lagi. Sekarang suami pula yang melaburkan duitnya kepada anda. Bermula dari makan pakai, tempat tinggal, serta barang-barang keperluan lain. Sudah tidak perlu keluarkan duit, malah dapat simpan duit gaji itu.



Kalau sebelum ini masa bujang nak beli emas kena ikat perut tapi selepas kahwin nak beli emas tinggal ajak saja suami pergi ke kedai, malah nak beli apa pun semuanya akan suami turutkan. Nampak tak sangat untung bukan.

Tapi itulah, isteri kenalah berkorban sikit untuk memudahkan urusan hidup suami dalam mencari nafkah. Sebab itu dalam perkahwinan ini suami isteri kena saling melengkapi bahkan kena saling berkerjasama dan bertolak ansur. Barulah rumahtangga yang dianggankan itu menjadi nyata.

Ini kalau berkahwin dengan merasakan suami dapat lebih isteri dapat kurang dan sebaliknya, tentu saja apa yang dianggankan itu akan terjejas.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen