Kajian, Suami Mampu Hidup Lebih Lama Kalau Rajin Cium Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Untungnya jadi pasangan yang sudah berkahwin ini. Nak buat apa-apa pun sudah tiada halangan atau batasan yang perlu dijaga. Semua perkara boleh dilakukan bersama setiap hari. Memang seronok rupanya berkahwin ini.

Pasangan hidup ini bukan saja beri kebahagiaan tetapi mereka ini juga mampu memanjangkan umur. Tak percaya bukan?



Kajian yang diketuai oleh sekumpulan pakar perubatan dan psikologi dari Jerman mengatakan bahawa suami yang kerap cium isteri mungkin boleh hidup lebih mana. Hal ini kerana suami isteri yang mengamalkan rutin mencium pasangan setiap kali sebelum pergi bekerja, didapati akan kurang kerap jatuh sakit.



Selain itu, mereka juga kurang berisiko mengalami kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Lebih mengejutkan, Dr. Arthur Sazbo turut mengatakan suami boleh hidup 5 kali ganda lebih lama jika kerap cium isteri berbanding lelaki yang langsung tidak melakukannya dengan isteri.

“Segalanya berkaitan dengan mood. Bayangkan jika seorang suami itu mencium isterinya setiap pagi sebelum keluar bekerja, sudah pasti mood mereka berada dalam keadaan yang baik.

“Perasaan yang positif inilah yang seterusnya akan memberi kesan baik kepada mental dan fizikal seseorang itu,” jelasnya.

Jangan tak tahu, bercium selain dapat menyemarakkan kehidupan seksual antara pasangan, juga boleh mendapatkan manfaat manfaat kesihatan kepada individu. Ya, bestkan…



Bantu Bakar Kalori


Kajian mengatakan mencium pasangan dalam tempoh masa yang lama dan kerap boleh membakar kira-kira 100 kalori per jam. Atau lebih tepat lagi, bercium 3 kali sehari dengan pasangan boleh menurunkan sehingga 1.35 kilogram.

Mencegah Alahan

Kajian mengatakan bahawa perbuatan ini boleh mengurangkan pertumbuhan antibodi IgE dalam tubuh badan. IgE inilah yang bertanggungjawab melepaskan histamine – sejenis hormon yang mengaktifkan simptom alahan seperti mata berair dan bersin.

Kekal Awet Muda

Buat anda yang belum tahu, bercium adalah 1 aktiviti yang memerlukan pergerakan yang banyak pada muka. Pergerakan inilah yang akan mengurangkan garis dan kedut yang halus serta melancarkan pengaliran darah pada wajah. Kesannya, anda boleh kekal awet muda!

Bagus Untuk Paru-Paru & Jantung

Perbuatan ini dikatakan boleh membantu menormalkan kadar degupan jantung dan merendahkan tekanan darah. Dilaporkan juga bercium juga sangat bagus untuk melatih paru-paru. Semasa melakukannya, paru-paru akan berfungsi 3 kali ganda lebih efektif sekali gus menguatkannya.

Aduh seronok betul pasangan yang dah kahwin ini, buat yang masih bujang cepat-cepatlah cari jodoh




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen