Bergurau Boleh Eratkan Hubungan Tapi, Jangan Bergurau Dengan Perempuan Tentang 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan memang sukakan lelaki yang pandai bergurau dan ambil hatinya. Mana tidaknya dengan bergurau ini akan membuatnya terasa bahagia dan juga senang hati. Tidak itu saja, dengan bergurau ini juga membuat hubungan lebih bertahan lama.

Sebab itu rata-rata orang perempuan akan mencari lelaki yang pandai buat lawak, ini kerana mereka tentunya tahu bergurau dan rajin bergurau. Akan tetapi, tidak semua perkara boleh dibuat bergurau. Nak-nak lagi orang perempuan ini sensitif sedikit.



Berikut adalah beberapa perkara yang tidak boleh dibuat gurau.

1. Bab kahwin lain

Jangan buat main yang ini. Walaupun sekadar bergurau saja dengan pasangan, tapi dia boleh simpan dalam hati. Malah, dia akan ingat anda serius dengan kata-kata anda. Bab-bab kahwin ini jangan dibuat gurau dengan pasangan, takut nanti dia tawar hati dengan anda saja.



2. Berat badan

Kadang kala orang boleh naik berat badan sebab terlalu gembira dan juga tertekan. Jadinya, kalau anda lihat berat badan pasangan anda bertambah jangan pula anda buat gurau pula. Cuba untuk ajaknya jogging dan bersenam, tentu dia tidak marah. Tapi jangan guna alasan sebab dia gemok pulak. Nanti jadi gaduh tak sudah.

3. Penampilan

Ada orang masa mula-mula kenal, bukan main lawa tetapi bila dah lama dan dah selesa mula tak jaga penampilan pula. Anda jangan bandingkan atau buat lawak dengan penampilan dirinya tetapi lebih baik berbincang secara baik dan juga lakukan sesuatu. Kalau bergurau bab ini boleh jatuhkan air muka pasangan anda.



4. Bab makan

Orang perempuan ini memang suka makan, tapi kadang mereka tak makan habis pun. Bab ini pun jangan dibuat gurau, takut nanti dia merajuk tak nak makan pula. Susah hati anda bila dia tak makan pula nanti. Orang perempuan cepat sentap bila kita tegur bab makanan ini.

5. Cara berbelanja

Orang perempuan ini dia suka berbelanja. Kadang kala mereka ini bila berbelanja tidak fikrikan apa akan berlaku pada esoknya. Kalau nak tegur mereka lebih baik tegur secara elok, jangan pula bergurau dengan mereka ini sambil memerli. Kalau merajuk susah nak pujuk nanti.

Nak bergurau dengan pasangan ini tidak salah, tapi kenalah juga jaga hatinya. Nak-nak lagi kaum perempuan ini, hati mereka sensitif. Walaupun niat nak bergurau tapi jangan sampai buat dia menitikan air mata.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen