Beza Taktik Pikat Hati Antara Bujang & Duda, Nak Tahu Kena Baca Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bujang atau duda, mana pilihan anda? Siapa pun pilihan anda, tentu sahaja anda perlukan cara yang betul untuk pikat hati mereka ini. Masing-masing ada keunikan mereka yang tersendiri, baik duda mahupun yang bujang.

Orang kata, nak pikat si bujang ini mudah saja asalkan kena dengan hati si dia mudah saja, buat di duda pula kalau bijak ambil hati anaknya tentu tidak menjadi masalah. Itu yang selalu sangat kita gembar gemburkan.

Antara bujang dan duda ini sebenarnya ada taktik nak pikat hati mereka. Ini beberapa cara yang perlu ada dalam diri anda.



Si bujang

Tahu mneghormati ibu bapanya

Paling penting buat si bujang sudah tentulah kedua ibu bapanya, maka dengan itu pasangan yang tahu ambil hati dan hormat ibu bapanya tentu menjadi pilihan dirinya. Nak-nak lagi si ibu. Ini kerana, syurga buat si bujang ini pada ibunya, itu yang dia lebih pentingkan keluarga dulu.



Sanggup susah senang

Biasalah, nama pun bujang tentu saja baru ingin belajar nak hidup. Anda tidak boleh mengharapkan bahawa dia akan beri kesenangan pada anda saja. Sudah tentu anda perlu ada saat susah senang bersamanya. Dari dia bergaji rendah sehingga dia bergaji besar, kalau tidak jangan dekati mereka ini.

Tahu ambil hati si dia

Jangan lupa juga bahawa anda juga perlu pandai pikat hatinya. Kalau tidak tentunya dia tidak akan terima diri anda. Maka dengan itu, bertolak ansur, memahami dan juga setia sudah tentu membuatkan dia akan memilih diri anda.

Si duda

Terima masa lalunya

Yang ini dia lebih unik sedikit, dimana anda tahu akan masa lalunya. Mungkin juga anda akan tahu mengenai punca penceraian yang berlaku dengan pasangannya lalu. Maka dengan itu anda kena terima status dirinya dengan hati yang terbuka. Lebih berat lagi, anda juga kena berlapang dada untuk biarkan dia jumpa bekas isteri untuk hal anak-anak.



Terima anaknya

Bagi si dia, anak-anaknya adalah perkara yang paling berharga. Jadinya, anda perlu tahu ambil hati anak-anaknya dan terima anaknya dengan hati yang ikhlas. Ala, biasalah nak dapatkan bapanya kenalah pikat hati anaknya dulu. Bila anaknya terima anda dengan baik, barulah peluang anda cerah.

Terima keluarganya

Bukan bujang saja yang pentingkan ibu bapa dan keluarga, walaupun duda mereka masih memikirkan akan perkara ini. Malah, ibu bapanya akan pastikan anaknya tidak tersilap langkah seperti dulu lagi. Jadi anda kenalah lebih berhati-hati dengan keluarga si dia.

Memahami dirinya

Jangan cepat nak melatah dalam apa yang akan berlaku. Lebih cuba untuk memahami dirinya dan juga cuba untuk bertolak ansur dalam setiap perkara. Mungkin anda perlu lebih banyak besabar jika memilih duda sebagai pasangan hidup.

Pastikan yang anda lakukan itu dengan hati yang ikhlas, jangan lakukan kerana ingin memilikinya. Selepas dah dapat semuanya hilang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen