Jangan Pandang Wang Ringgit Saja, Perlu Ingat Pendidikan & Agama Juga Penting Elak Penceraian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Membuat keputusan untuk berkahwin saja bukanlah satu perkara yang mudah, itu belum lagi melaksanakan tanggungjawab di dalam dunia perkahwinan. Tidak cukup dengan adanya rasa cinta dan takut kehilangan saja, tapi komitmen yang kuat antara kedua-dua belah pasangan tiada. Jika tiada komitmen yang kuat, hubungan boleh musnah bila-bila masa saja.



Mungkin kita tahu pelbagai faktor menjadi punca kepada pertengkaran dan salah faham antara suami isteri, antaranya ialah masalah kewangan, kehadiran pihak ketiga, malah faktor pendidikan dan juga agama memainkan peranan penting. Ramai yang tidak sedar bahawa agama dan juga pendidikan memainkan peranan dalam rumahtangga sehingga boleh menjadi punca penceraian.



Pendidikan dan agama tentukan hubungan

Kajian Pyang diambil dari Data From National Survey of Family Growth di Amerika Syarikat mendapati bahawa orang yang beragama dan mempunyai pendidikan tinggi mempunyai risiko perceraian yang rendah kerana kecurangan berbanding dengan mereka yang tidak beragama dan mempunyai pendidikan rendah.

Variabel demografik eperti latar belakang agama dan pendidikan nampaknya memberikan pemikiran yang matang untuk mencintai hubungan, dan penyelidikan menunjukkan pasangan yang mempunyai kedua-dua ini dalam hubungan cinta mereka berpotensi untuk kekal dalam perkahwinan mereka.



Walaupun kajian dilakukan oleh mereka berketurunan Afrika Amerika Amerika dan Asia Amerika, perkara ini dapat digunakan untuk semua orang dengan latar belakang kebangsaan dan budaya yang berbeza.

Jadi, dalam mencari jodoh jangan abaikan pendidikan dan juga pegangan agama mereka. Kadang rupa paras dan wang ringgit belum dapat menentukan kebahagiaan anda kelak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen