Pegang Status Bujang Bukan Bererti ''Kesepian" Tapi Berani Berdikari.

Oleh: Zuzu Yasmine

Status bujang ini bukan satu perkara yang patut dibimbangkan dan dirisaukan. Walaupun anda ternanti-nanti jodoh yang masih belum kunjung tiba, tapi status bujang ini bukan membebankan anda. Jangan anggap bahawa status ini adalah mereka-mereka yang sunyi dan kesepian. Dengan beranggapan bahawa pasangan yang sudah berkahwin itu lebih bahagia hidupnya.

Dalam kehidupan seharian, jika anda inginkan kebahagiaan anda boleh cari dan ciptanya. Kebahagiaan ini bukan bergantung pada pasangan dan hidup berkeluarga saja, tapi banyak lagi perkara lain yang boleh buat anda rasa bahagia. Luangkan masa untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan juga boleh bahagia.

Buat anda yang masih bujang, jangan mengeluh dan bersedih hanya kerana anda masih belum memiliki pasangan lagi. Masa yang ada inilah perlu anda gunakan dan manfaatkan agar bila dah kahwin nanti anda boleh fokuskan kepada rumahtangga anda saja.



Jangan tidak tahu, ramai mereka yang sudah berkahwin ingin menikmati hidup seperti orang bujang.

Terlalu memikirkan jodoh hanya akan membuat anda lebih tertekan dan juga kelihatan terlalu ingin berkahwin. Adalah lebih baik anda lalui hari-hari anda seperti biasa tanpa rasa tertekan. Sudah menjadi perkara biasa jika orang-orang tanya mengenai status diri, anggap sahaja itu permulaan perbualan. Jangan ambil hati pula.



Waktu bujang ini adalah waktu terbaik untuk anda sayangi diri anda dahulu. Orang yang tahu mencintai diri mereka dulu sudah tentu akan tahu mencintai pasangan mereka kelak. Jangan berharap kasih sayang dari insan lain kalau anda tidak tahu bagaimana hendak menyayangi diri anda.

Mereka yang berdikari akan lebih matang dan berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai realiti. Mungkin orang lain menganggap anda sunyi dan kesepian. Tetapi di sebalik kesunyian yang ada, anda dilatih untuk lebih berdikari. Oleh itu tidak mudah jatuh atau putus asa ketika menghadapi masalah.



Memang mungkin ada masa-masa merasa kesunyian ketika bersendirian, itu adalah perkara biasa. Malah mereka yang mempunyai pasangan juga boleh merasa kesunyian. Kesepian dapat hadir dalam setiap fasa kehidupan. Adalah wajar bahawa anda akan merasa kesepian pada satu masa tertentu. Kesepian memberikan peluang untuk kita mengenali diri kita dengan lebih mendalam.

Bujang bukan sunyi,
Single bukan sepi.

Nikmati zaman bujang anda dengan sebaik mungkin, kerana anda tidak tahu bila ia akan berakhir.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen