Nak Hubungan Baik Antara Menantu & Mertua, Masing-Masing Kena Faham Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mendapatkan pasangan hidup yang baik adalah satu keinginan semua orang dalam berumahtangga tapi mendapat mertua yang baik juga adalah perkara yang diinginkan oleh semua orang. Mungkin nak dapatkan pasangan hidup yang baik itu tidak sukar, bila da rasa sayang dan cinta tentunya akan baik-baik semuanya. Tapi mendapatkan mertua yang baik ini sukar, kerana anda adalah orang luar yang masuk ke dalam keluarganya.

Campur tangan mertua dalam hubungan perkahwinan anak-anak bukanlah satu isu yang baru lagi. Orang kata, jarang sekali mertua akan membela menantu mereka walaupun anak mereka yang salah.



Jangan terkejut kalau mertua juga boleh menjadi punca salah faham dalam rumahtangga, malah ada juga yang sehingga berpisah. Sebab itu, mertua dan menantu kena memahami antara satu sama lain dan juga tahu batas-batas diri. Macam nasihat dari seorang Hakim yang mengendalikan satu kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah ini.

1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda. Sebaiknya, minta mereka berpindah walaupun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan.

2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda. Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini hanya Ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya saja fikir dia nanti.



3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda. Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul.

4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka. Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.

5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh. Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.

6. Cucu anda adalah hak mutlak Ibu dan bapa mereka. Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terpulang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.



7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda. Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.

8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara. Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, "It is your own interest that you enjoy your retirement years. Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die. Don't let your wealth become worthless to you.'

9. Cucu bukan milik anda. Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda.

Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik makcik keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen