"Tak Kahwin Itu Rezeki, Berkahwin Juga Rezeki..." Yang Penting Redha & Ikhlas Setiap Aturan Yang Telah Ditetapkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa saja yang tak nak berkahwin, betul tak? Setiap insan tentunya mempunyai keinginan untuk mendirikan rumahtangga dan hidup bahagia bersama insan yang dia cintai serta tempuhi hari tua bersama. Tapi itulah, bab kahwin ini sama juga macam rezeki yang Allah berikan.

Berkahwin itu rezeki, yang bujang itu pun rezeki. Jadi bersyukur saja dengan rezeki yang Allah telah berikan kepada anda.



Ada orang yang masih bujang, masa inilah dia boleh guna untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Fokus kepada keluarga dengan lebih banyak masa serta gunakan waktu ini juga untuk menikmati zaman bujangnya.

Ada orang yang dah kahwin, masa inilah dirinya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab, jadi suami atau isteri. Malah tak lupa juga menjadi pemegang amanah yang Allah kirimkan pada mereka sebaik mungkin.

Masing-masing ada rezekinya tersendiri, yang penting kena bersyukur. Macam sedikit perkongsian Izhar Fahmie ini memang ada banyak betulnya, “rezeki itu adalah bukan bila mana kau dapat apa yang kau nak, tapi apa yang kau terima dengan ikhlas, setiap apa Tuhan dah beri”



Kahwin itu adalah rezeki, tapi kalau Tuhan belum berikan sebarang petunjuk untuk kau berkahwin, itu juga adalah rezeki.

“Rezeki itu adalah bukan bila mana kau dapat apa yang kau nak, tapi apa yang kau terima dengan ikhlas, setiap apa Tuhan dah beri”

Sebab ramai kawan-kawan aku yang masih bujang. Dan ada daripada mereka, yang kami membesar sama-sama, dan sehingga umur ini, mereka masih belum punyai peluang untuk bercinta dan berkahwin.

Kerja masing-masing bagus. Ada yang jadi cikgu, pensyarah, jurutera , tentera, malah ada juga yang sampai sekarang power betul jalankan perniagaan. Tapi hingga hari ini, masih belum punyai sesiapa sebagai someone special.

Sebab rezeki jodoh itu bukannya ia akan datang bila kau sudah ada pekerjaan yang bagus. Bukan pada pangkat dan harta. Bukan juga rupa paras yang elok. Tapi bila Tuhan itu tahu kau kondisi yang kau sudah bersedia untuk mendapat rezeki ini.

Tapi tak bermakna bila kau sudah berkahwin kelak, kau akan dapat rezeki tu sepenuhnya milik kau. Belum tentu.

Ada orang kahwin masa muda, tak lama kemudian Tuhan berikan dia ujian, pasangan dia ini, perangai tak sama sebelum dan selepas kahwin, dia tak tahan, dan dia mengambil jalan yang berbeza. Rezeki dia takat tu je.

Ada orang tunang dah lama, tunggu punya tunggu, tak jadi ke gerbang perkahwinan. Maknanya, rezeki dia takat tu je.

Dan ada orang dia baru je berkahwin, sehari, dua hari, tiga hari, tetapi pasangan yang dia sayang, Tuhan ambil. Sekejap je Tuhan beri dia rezeki ini.

Atas sebab itu, rezeki ini adalah bila mana kau terima dengan ikhlas, setiap apa yang Tuhan sudah berikan pada kau.

Tak kahwin juga adalah rezeki.
Berkahwin juga adalah rezeki.

Dan selepas kahwin, dapat pasangan yang menguji juga adalah rezeki.

Rezeki itu adalah bila mana kau redha, ikhlas dan terima setiap apa aturan yang Tuhan aturkan untuk kau selama mana kau hidup.

Ia tak senang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen