Doa Jauhkan Diri Dari Lelaki Berniat Buruk. Wanita Patut Amalkan Doa Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, tentunya anda akan lebih berhati-hati dalam setiap langkah anda. Bahkan, anda juga akan menjaga maruah diri anda dengan baik. Seorang wanita akan membawa nama dan maruah ibu bapanya ke mana saja sebab itulah pentingnya untuk mereka ini menjaga maruah diri. Bukan saja untuk keselamatan dari tapi juga jauh dari fitnah orang.



Wanita ini sangat berharga, dalam setiap langkahnya akan ada yang memerhati. Mata-mata yang memerhati ini belum tentu hanya mahu memandang saja, boleh jadi ada yang berniat buruk terhadap anda. Sebab itulah pentingnya anda menjaga diri setiap masa.



Disini disertakan doa dari hadis sohih pelindung setiap kali wanita keluar dari rumah. Kadang kala, walaupun kita menjaga pemakaian dengan baik seperti yang ditetapkan oleh Islam, tapi mata-mata yang memandang belum tentu lagi.



Selain itu juga ada doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s iaitu Siti Sarah yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.



Semoga ia menjadi amalan kita semua setiap hari dan mampu melindungi diri kita. Namun, jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah SWT dan RasulNya dan telah menjaga kehormatan yang sudah tentu auratnya.



Perlu diingat juga bahawa kemaqbulan dia ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan RasulNya serta menutup aurat anda dengan sempurna. Tanpanya, doa ini masih galak dilakukan cuma sebenarnya ia lebih menepati dengan penampilan diri anda.

Maka dengan itu jaga pemakaian anda dengan baik. Sudah tentu doa ini saja tidak mencukupi kalau diri anda sendiri tidak menjaga pemakaian anda. Semoga kita semua dilindungi Allah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen