Tak Pernah Bercinta? Jangan Sedih, Hati Anda Untuk Orang Yang Selayaknya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah menjadi lumrah setiap insan nak berkasih sayang dan rasa disayangi. Sebab itu, selain kasih sayang keluarga dan rakan-rakan, tentu saja kita teringin merasai kasih sayang dari pasangan yang berlainan jantina juga. Nak-nak bila rakan-rakan kongsi betapa seronoknya nikmati saat itu.

Jangan rasa sedih kalau tak ada pengalaman dalam bercinta, ini kerana pengalaman dalam bercinta ini tidak akan berguna pun saat berkahwin nanti. Jangan rasa kolot saat orang lain sibuk bercakap mengenai kekasih hati anda sedangkan anda masih lagi sendiri.



Sudah tentu rasa teringin dan juga nak tahu sangat mendalam, tapi tidak semuanya percintaan itu membahagiakan dan menyeronokan. Boleh jadi kalau tersilap langkah, anda yang menyesal tak sudah.

Tak pernah bercinta tak apa, ada kelebihan dalam diri anda.



Lebih menjaga diri dan maruah diri

Perkara sebegini sudah tentu menjadi satu contoh yang baik buat wanita muslim. Anda mempu menjaga diri dengan tidak berduaan lelaki atau perempuan yang tidak sepatutnya. Lebih hebat lagi, anda mampu elakkan diri daripada fitnah yang memburukkan nama baik anda.

Hati anda lebih terjaga

Cuba bayangkan kalau anda putus cinta dan terpaksa move on, tentu saja ia akan melukakan hati anda dan membuatkan anda hilang kepercayaan pada pasangan. Malah, anda akan menjadi seorang yang terlalu berjaga-jaga, tapi jika anda tidak ada semua itu anda lebih untuk menjadi diri sendiri.



Tiada kisah lalu

Kisah lalu bersama bekas kekasih adalah perkara yang memalukan jika difikirkan semula. Jadi, anda tidak perlu nak lalui semua itu. Bila nak kahwin pun, tiada orang persolan mana bekas kekasih anda yang dulu, kenapa kahwin yang ini. Haa... pasangan anda pun tentu seronok jika dia adalah yang pertama dan terakhir.

Anda lebih teruja untuk hubungan kali pertama

Anda tidak fikir akan takutnya jika dikecewakan, tetapi lebih teruja untuk capai kebahagiaan. Nak-nak lagi bila anda dan pasangan sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga, tentu saja hubungan lebih serius dan tidak akan lama-lama.

Jangan rasa kolot bila rakan-rakan anda sudah ada pasangan tapi belum, hati dan diri anda terjaga malah tersimpan untuk seseorang yang betul-betul sesuai dan layak iaitu suami atau isteri anda kelak. Nikmati zaman bujang anda, jangan serabutkan kepala dengan perkara seperti ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen