Bila Bahagia Badan Pun Makin Mengembang, Ini Menurut Kajian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau selalunya badan mengembang ini dikaitkan dengan stress, kuat makan dan malas bersenam. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup juga membuatkan anda bertambah berat bada. Senang hati dengan hidup harian tanpa masalah siapa saja yang tak bahagia.



Sebab itu bila baru saja berkahwin ataupun bercinta, anda boleh lihat perubahan seseorang. Boleh nampak pipinya semakin membulat dan senyumannya juga semakin banyak. Siapa tak senang hati kalau sudah mempunyai pasangan.

Jika anda sudah berada dalam sesebuah perhubungan dalam tempoh masa tertentu dan berat badan anda naik mendadak, anda sebenarnya gembira dalam perhubungan itu.



Ia disahkan oleh sekumpulan saintis dari Southern Methodist University yang menjalankan kajian keatas 169 pasangan yang baru berkahwin selama tempoh empat tahun dan merekodkan berat, tinggi, kepuasan, tekanan dan keputusan untuk bercerai.



Hasil kajian menunjukkan, mereka yang kurang bahagia dalam perhubungan akan cuba untuk mengurangkan berat badan. Ia dikaitkan dengan teori bahawa mereka cuba untuk menarik perhatian pasangan baru. Berbeza dengan mereka yang bahagia dalam perhubungan, golongan ini kebanyakkannya tidak kisah lagi dengan penampilan diri sendiri.

Selepas ini tak payah nak bimbang-bimbang sangat, anda boleh je bersenam dan menjaga pemakanan bersama pasangan anda. Barulah sama-sama kurus nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen