Lelaki Yang Bergantung Pada Isteri Lebih Mudah Untuk Curang Dalam Hubungan. Ini Kata Kajian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang tua kata kalau nak cari jodoh ini kena sama taraf dah sama padan. Kalau pipit sama pipit, kalau enggang sama enggang, tapi ini semua orang dulu-dulu saja. Orang sekarang ini, sudah tidak pandang semua itu. Asalkan suka sama suka, yang lain sudah tidak penting.

Perkahwinan ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main atau dianggap tidak serius, sebab itulah dalam Islam sendiri menyarankan untuk mencari pasangan yang sekufu agar tidak berlaku masalah dikemudian hari.



Selalu sangat kita dengar bahawa masalah dalam rumahtangga yang kadang menjadi punca penceraian dan pertengkaran dikalangan suami isteri adalah masalah kewangan. Bab-bab wang ini memang rumit, bukan saja dah kahwin yang bujang pun sama saja.

Satu kajian tahun 2015 yang diterbitkan dalam jurnal American Sociological Review mendapati bahawa seseorang yang bergantung secara ekonomi kepada pasangannya, terutama suami kepada isterinya, cenderung untuk berlaku curang.



Wang membuatkan lelaki lebih terdedah untuk curang

Kajian yang melibatkan 2,800 orang berumur lebih dari 18-32 tahun menunjukkan bahawa sebanyak 15% responden lelaki yang bergantung secara kewangan kepada isteri mereka cenderung untuk curang, berbanding dengan isteri yang bergantung pada suami secara kewangan.

Satu lagi perkara yang mengejutkan dari hasil kajian ini ialah, semakin banyak wang yang diperoleh lelaki dalam perkahwinan, untuk memenuhi 70% keperluan rumah tangga, semakin besar keinginan untuk curang dalam hubungan.



Dengan kata lain, lelaki kurang berpendapatan cenderung untuk curang dan lelaki terlalu kaya juga terdedah kepada kecurangan. Seorang lelaki yang berdikari dan selamat dari segi kewangan dalam keadaan standard atau biasa-biasa saja mampu mengekalkan kesetiaan dalam rumah tangga.

Oleh itu, dapat disimpulkan, apabila suami dan isteri dapat berkongsi tanggungjawab secara seimbang dalam kewangan atau perkara lain, maka hubungan perkahwinan akan menjadi lebih stabil.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen