Bagaimana Menjemput Jodoh Dengan Sedekah?

Oleh: Rafi

Bagaimana Menjemput Jodoh Dengan Sedekah ?

وَاسْتَنْزِلُوا الرِّزْقَ بِالصَّدَقَةِ

“Minta datangkan rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah”
(HR Al-Baihaqi)

Tidak dinafikan lagi bersedekah memberi seribu keajaiban untuk manusia. Hadis dan Kalam Allah dalam Al-Quran juga turut menegaskan tentang tuntutan untuk bersedekah. Ini membuktikan bersedekah adalah satu cara untuk kita beribadah dan memohon bantuan daripada Allah. Pada kali ini, kami ingin berkongsikan tentang bagaimana cara menjemput jodoh dengan bersedekah. Ramai dalam kalangan anak muda hari ini terutamanya mereka yang sudah mencapai usia matang untuk bernikah, berasa amat risau akan jodoh yang dinanti-nantikan tidak kunjung tiba. Hal ini boleh mengundang emosi yang tidak stabil dan apatah lagi apabila ditanya soal jodoh oleh ibubapa dan saudara mara. Allah menyuruh kita untuk berusaha dalam mencari jodoh, rezeki dan juga hidayah. Antara usaha dan ikhtiar yang kita boleh lakukan adalah dengan mengamalkan bersedekah walaupun sedikit. Banyak kisah-kisah inspirasi tentang bersedekah yang boleh kita ambil iktibar. Berikut kami kongsikan kisah seorang wanita berusia 37 tahun yang bertemu jodoh setelah bersedekah.



Teruskan membaca…

Seorang wanita berusia 37 tahun datang bertemu seorang Ustaz dan bertanya,

“Ustaz, cari jodoh ini susah ya?” Lalu ustaz itu menjawab, “Jodoh jangan di cari tetapi dijemput”.



Wanita itu berasa bingung dan terus bertanya bagaimana untuk menjemput jodoh. Maka, ustaz tersebut memberitahu bahawa orang yang sakit boleh diubati dengan sedekah. Begitu juga dengan penyakit kesepian (jodoh), ia juga boleh diubati dengan perbanyakkan sedekah. Wanita itu mula memahami maksud yang ingin disampaikan oleh ustaz tersebut dan meminta izin untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, beliau telah berhenti di sebuah masjid dan bertanya tentang bantuan yang pihak masjid perlukan segera dan beliau ingin bersedekah. Pada masa itu, masjid tersebut memerlukan wang untuk menukar lantai lebih kurang RM 200 untuk menukar jubin lantai sepanjang 4 meter. Wanita itu terus bersedekah dan meminta untuk mendoakan hajatnya supaya dimakbulkan Tuhan. Masa terus berlalu dan akhirnya, wanita itu telah pun dilamar untuk menjadi seorang isteri. Alhamdulillah. Sedekah mampu menyucikan hati, rezeki dan asbab bersedekah juga doa kita dimakbulkan Allah. Jadikan amalan bersedekah satu kebiasaan dalam hidup kita walaupun hanya dengan mendoakan kebahagiaan orang lain.

In sha Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen