Lelaki Cenderung Untuk Curang Ketika Umur Ini. Eh, Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Curang itu adalah pilihan yang dilakukan oleh seseorang, tetapi ada juga yang menyatakan bahawa umur juga memainkan peranan dalam pilihan tersebut. Orang kata, miang keladi makin tua makin menjadi, nak-nak kaum lelaki ini.

Sebab itu ramai yang semakin berumur aura mereka semakin mengancam, jadi ramai yang mula mendekat. Tapi, itu bukan alasan jika mereka memilih untuk berlaku setia pasa isteri mereka.



Satu kajian tahun 2014 yang diterbitkan dalam jurnal Prosiding National Academy of Sciences of the United States of America mendapati bahawa lelaki cenderung berlaku pada usia berakhir dengan nombor sembilan, seperti 29, 39, 49 dan seterusnya.

Enam kajian lain yang diringkaskan dalam kajian ini menunjukkan bahawa orang dewasa melakukan untuk mencari makna kehidupan ketika mereka mendekati usia dua puluhan, tepat pada usia 29, 39, 49 dan seterusnya.



Ingin melakukan sesuatu yang lain

Penyelidikan yang dilakukan di Princeton University menganalisis data aktiviti dari Ashley Madison, mendapati sebuah aplikasi temu janji yang melibatkan orang yang menjalin hubungan cinta. Akibatnya, usia berangka tertentu cenderung untuk mendorong seseorang untuk berlaku curang pada pasangannya.



Perkara ini tidak hanya berlaku di satu negara atau kawasan tertentu, orang-orang dari pelbagai negara dan budaya cenderung membuat keputusan penting dan mempunyai banyak beban di fikiran mereka ketika hendak memasuki fasa hidup yang baru, jadi ada banyak perkara yang mereka fikirkan, termasuk mencari " pengalaman luar biasa ", seperti berlaku curang.

Jadi lebih baik jaga hubungan anda dan sentiasa membuat pilihan untuk setia bersama pasangan anda sekarang ini. Curang itu merugikan kerana anda akan kehilangan permata dan hanya menyimpan batu dalam kehidupan anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen