"Jangan Bersayang-Sayang Dengan Hak Orang", Ini Hukum Ganggu Rumahtangga Orang Lain.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bab-bab mengganggu rumahtangga orang ini sememangnya isu sensitif. Tidak kiralah lelaki bujang mengganggu isteri orang ataupun anak dara yang mengganggu suami orang. Kedua-duanya sensitif dan boleh berlakunya pertengkaran.

Dalam isu ini, bukan siapa tidak pandai jaga siapa, tapi kalau pasangan itu sendiri pandai curi langkah dan memang mudah melayan orang lain pun tak guna juga. Sebab itulah, bila sudah ada suami atau isteri, masing-masing kena tahu status diri dan jangan mudah sangat nak layan orang lain secara lebih-lebih.



Ramai tak tahu, isteri atau suami boleh saman orang ketiga yang mengganggu rumahtangga.

Tidak kira sesiapa, kes curang boleh melibatkan semua orang termasuklah pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwinatau baru lagi. Maknanya isteri atau suami boleh saman orang ketiga yang menjadi punca kepada perceraian.

Orang ketiga itu termasuk kekasih suami/isteri, keluarga seperti ibubapa mertua, ipar duai.

• Seksyen 36 jika perempuan/ lelaki memujuk lari suami/isteri
• Seksyen 37 menghalang suami isteri hidup bersama
• Seksyen 38 menghasut suami/isteri lalai dari tanggungjawab.

Asalkan orang ketiga ini menjadi penyebab kepada ketidakharmonian pasangan itu, maka individu tersebut boleh disabitkan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah. Sama ada denda RM5000 atau penjara selama tiga tahun.



Akta tersebut terdapat serta diaplikasikan di setiap negeri yang ada di negara ini. “Jika di Wilayah Persekutuan, orang ketiga boleh didakwa di bawah Seksyen 36, Seksyen 37 dan Seksyen 38 akta tersebut yang membawa maksimum hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali. “Berdasarkan peruntukan ini, sesiapa sahaja yang menjadi penghalang hubungan bahagia antara seseorang dan pasangannya boleh dibicarakan,”

Itu kalau menurut undang-undang, tapi kalau di sisi Islam pula apa hukumnya?

Menurut Pencetus Ummah (PU) Azman, hukum merosakkan rumahtangga orang lain adalah haram dan individu yang melakukan perkara tersebut hendaklah bermuhasabah diri terhadap perbuatannya itu.



“Haram merosakkan rumah tangga orang. Si perempuan tu pun mesti muhasabah.

“Banyak-banyak umpan, isi kerang yang kau dapat, ramai-ramai perempuan, bini orang yang kau rembat.

“Pesanan tuk cik man dan netizen. Tak boleh nak bersayang-sayang dan peluk bini orang.

“Kecuali bini abah kau,” kongsinya

Jadinya, jangan terlalu mengikut nafsu anda membuat keputusan untuk menjadi orang ketiga dalam hubungan seseorang. Mula-mula seronok, tapi lama-lama anda mungkin terima nasib yang sama.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen