Wanita Selalu Sembunyikan Perkara Ini Depan Lelaki Yang Dia Sukai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini bila depan pasangan yang mereka sukai, mereka mahu kelihatan sempurna dan cantik. Tapi kadang kala, tidak semua perkara yang dia harapkan anda berlaku, sekali sekala ada juga waktu-waktu yang dia tidak mampu menjadi sebegitu.

Nak-nak lagi bila nak jumpa seseorang buat kali pertama, tentu sahaja dia punya persiapan lain macam tapi ada saja yang tak lengkap dan terlupa. Mereka bimbang kalau-kalau pasangan mereka ketahui atau perkara tersebut kantoi secara tiba-tiba.



Nak tahu apa yang wanita bimbang sangat ini, jom ambil tahu.

Nak nampak nautral beauty tapi kantoi makeup tebal

Sesetengah wanita dia ingin lihat begitu sempurna dan berkeyakinan dengan rupa parasnya, bahkan dia mahu kelihatan nautral beauty tapi dia perlu memakai makeup untuk semua itu. Jadi dia bimbang kalau pasangannya tahu dia hanya menutup cela diwajah dengan makeup yang tebal.

Orang lelaki kan selalu tak suka wanita bersolek ini.



Rambut yang berbau

Kadang kala bertudung terlalu lama akan membuatkan rambut berbau, ataupun selepas terkena hujang tentu sahaja rambut sedikit berbau. Ramai wanita bimbang kalau-kalau bau itu terhidu oleh lelaki. Dia bimbang kalau kantoi yang dia sudah lambat membasuh rambutnya. Tentu saja akan memalukan dirinya.

Badan berbau

Masalah yang susah nak ditangani sebenarnya perkara ini. Sesetengah orang dia akan berpeluh secara belebihan bila berdebar dan resah, boleh jadi ketika itu dia merasakan ini. Jadi badannya mengeluarkan peluh yang agak banyak sehingga dia bimbang kalau anda terbau badannya.



Tabiat makan

Wanita dan makanan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bila berdepan dengan seseorang yang mereka kurang rapat atau baru kenal, dia selalu mengawal tabiat makannya. Sebab itu dia selalu makan sedikit saja depan lelaki, tapi bila di rumah atau depan kenalannya, dia tidak sebegitu. Tentu malu jika anda tahu dia seorang yang berselera dan suka menikmati makanan.

Sikap yang tidak dijangka

Biasanya depan seseorang yang baru kenal atau dia sukai, wanita lebih bertindak untuk bersikap sopan santun dan juga lemah lembut, tapi sikap sebenarnya dia tidak sebegitu. Ini kerana, dia malu di hadapan anda. Tapi bila bersama keluarga dan rakan-rakannya, dia lebih senang ketawa tanpa kawal dan bergurau senda sesuka hati. Semua sikap sopan, dan lemah lembut hanya di hadapan anda sahaja.

Jadi, bila anda lihat perkara-perkara seperti ini, jangan tegur tapi biarkan saja. Kalau anda tegur, dia akan hilang keyakinan dan tidak akan menghubungi anda lagi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen