Pasangan Masih Belum Matang Lagi, Ini Cara Anda Layan Kerenahnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pening kepala juga jika pasangan kita masih belum mampu berfikiran secara matang ini, atau lebih suka bersikap sambil lewa dan kebudak-budakan. Mana tidaknya, dalam hubungan ini tentunya anda mahukan pasangan yang matang, barulah hubungan ada hala tuju yang jelas.

Tapi bila dah jatuh sayang dengan pasangan seperti ini, tak akan nak tinggal pula. Tentunya anda perlu hadapi sehingga dia mampu berfikiran secara matang dan tahu baik buruk hubungan kalian. Tapi itulah, pasangan seperti ini tidak boleh dilayan dengan emosi, anda kena lebih bijak untuk mengawalnya.

Apa yang harus anda lakukan?



Jaga emosi anda, jangan cepat sangat naik angin

Melayan orang seperti ini tidak sepatutnya menggunakan emosi. Anda perlu lebih sabar dalam berkata-kata kepadanya, ini kerana dia mungkin tidak akan dengar apa yang akan anda katakan, tapi dengan kawal emosi adalah salah satu cara terbaik agar hubungan kalian masih lagi berkekalan.

Terus memberi fahaman tentang tersebut

Mereka ini biasanya sambil lewa dan malas berfikir panjang, jadinya sebagai pasangan anda perlu membuat dia faham bahawa perkara itu patut atau tidak dilakukan. Ya! Anda perlu berfikiran matang bagi pihaknya agar dia faham. Bahkan, anda juga perlu jelaskan dengan tenang mana yang baik atau tidak sesuatu perkara. Mereka ini seperti orang yang mahu ditunjukkan jalan.



Bertindak dengan bijak, jangan terpancing dengan emosi

Mereka ini akan menguji kesabaran diri anda, bila berkali-kali anda jelaskan perkara yang mudah tetap sahaja dia tidak mengerti. Maka dengan itu, anda akan menjadi mudah marah dan terbawa emosi. Itu adalah perkara yang salah untuk berdepan dengan mereka ini. Anda perlu fikirkan sesuatu yang bijak agar dia mudah terima segala kata yang anda bincangkan.



Jangan pandang rendah pada dirinya, biarkan dia suarakan juga

Walaupun dia masih belum memikirkan suatu perkara secara matang, anda tidak berhak unuk mengawal dirinya. Anda hanya bertindak sebagai pembimbing dirinya sahaja. Biarkan dia luahkan apa yang dia rasakan dan jangan sesekali pandang rendah padanya. Itu pun kalau anda ingin kekalkan hubungan kalian.

Sikap ini sebenarnya melengkapi sikap anda

Daripada terus merungut dan merasa malas untuk menghadapi sikap pasangan anda yang tidak matang, lebih baik jika anda dapat melihat sisi positifnya. Pasti anda pernah merasa penuh cinta ketika dia masih kekanak-kanakan dan dimanjakan tanpa banyak pertimbangan? Dari situ sebenarnya dapat disimpulkan bahawa anda sebenarnya saling melengkapi.

Walaupun kadang-kadang kesal dan merasa kecewa, tetapi tidak akan pernah ada pasangan yang sempurna. Kita mesti bijak menjaga hubungan dan berusaha menerimanya sedanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen