Pasangan Berdarah A, Ini Personaliti Dirinya Yang Perlu Anda Tahu. Bertimbang Rasa & Penyabar, Wah Lembutnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang itu mempunyai keunikan yang tersendiri, tidak kiralah macam mana dirinya sekalipun, atau apa jua jenis darahnya, dia ada keunikan yang akan anda hargai dan sayangi dirinya. Nak-nak lagi jika dia itu adalah pasangan anda, tentu saja keunikan ini yang membuatkan dirinya lebih menyerlah di mata anda.

Kalau sebelum ini anda sudah tahu akan kunikan jenis darah O, iaitu seorang yang berani, setia dan komited tinggi, bagaimana pula dengan jenis darah A. Biasanya pasangan jenis darah O akan dapat pasangan jenis darah A.



Ramai yang tidak tahu bahawa mereka yang berdarah A ini lebih sensitif orangnya. Namun begitu, dia juga seorang yang mudah sabar. Walaupun anda melukakan hatinya, dia masih lagi mampu sabar dan bertahan dengan anda walaupun dia telah menangis berulang kali kerana kelakuan anda. Tapi, kesabarannya yang membuatkan dia masih setia di sisi anda.

Paling menarik dan mempersonakan sikap golongan darah A ini adalah mereka ini mudah bergaul. Kira macam mesra alam senang nak masuk dengan sesiapa. Tidak kisah dibawa ke mana, dia tahu nak suaikan diri dan tidak mudah rasa kekok. Jadi, bila bawa jumpa rakan-rakan atau keluarga anda, dia mudah bergaul dengan orang di sekeliling anda.

Mereka ini juga adalah orang yang jenis bertimbang rasa, jadi setiap pertengkaran dia tidak akan semudahnya melepaskan kesalahan pada pasangannya. Dia akan pertimbangkan dulu mana yang menjadi punca. Nampaknya, dia sejenis menjaga hati pasangan dan juga seorang yang berhati-hati dalam membuat keputusan.

Anda kena banyak besabar dengan sikapnya yang kuat berkerja. Dia sangat rajin bekerja sehingga kadang kala mungkin akan mengabaikan diri anda. Jadinya, sebagai pasangan anda kena faham keadaannya. Sikapnya yang kuat berkerja ini mungkin akan lukakan hati anda dan membuat anda kebosanan menunggu dirinya.



Yang paling anda kena tahu mengenai mereka jenis darah A ini adalah seorang yang degil. Walaupun kelihatan seperti seorang yang lemah lembut tapi tersimpan sikap degil dalam diri mereka. Biasalah semua orang ada sikap ini. Jadi, kalau sayang akan dirinya anda kenalah pandai hadapi sikap degilnya.

Beruntung anda dapat pasangan yang jenis darah A ini, walaupun ada sikap degil tapi dia masih bertimbang rasa dan mampu bersabar dengan anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen