Antara Perkara Yang Mendatangkan Kemarahan Lelaki Tapi Dia Hanya Mendiamkan Diri Saja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita akan lebihkan perasaan wanita, nak tahu apa yang dia suka dengan tidak. Tapi bagaimana pula dengan lelaki? Tentu ada sikap dan perbuatan wanita yang tidak disenangi. Akan tetapi, untungnya jadi wanita ini, bila lelaki sudah jatuh sayang padanya semua perkara lelaki akan pejamkan mata dan terima dirinya sebaik mungkin.

Banyak perkara yang wanita buat, pasangannya akan diamkan dan senyum sahaja. Tidak kiralah sebelum kahwin ataupun belum. Aduh... untung betulkan kaum wanita ini. Sebabkan mereka ini lembut, maka lelaki pun akan berlembut dengan mereka.

Jadi wanita, kalau anda jumpa lelaki yang tidak marah bila anda lakukan ini jangan lepaskan dirinya. Jaga sebaik mungkin okay!



Apa yang lelaki nak marah tapi hanya berikan senyuman sahaja pada anda?

Anda tidak memperlakukan dengan baik barang kesayangannya

Ada sesetengah lelaki mempunyai hobi yang mahal, sebagai contoh bermain motosikal, kereta, memancing dan pelbagai lagi. Kadang kala, wanita ini kurang peka lalu merosakan barang yang disayangi itu. Walaupun dalam hati nak marah tetapi dia tetap berikan senyuman kepada anda. Aduh, dia sayang betul pada anda tu.

Bercakap buruk mengenainya pada rakan-rakan dan juga ibu bapanya

Mungkin bagi anda itu adalah perkara yang patut dikongsi kerana ia perkara yang lucu, namun bagi pasangan anda pula sebaliknya. Dia lebih suka simpan berdua sahaja. Akan tetapi, bila anda kongsi bersama keluarga atau rakan-rakan anda, dia hanya senyum sahaja walaupun dalam hati dia rasa nak marah. Lelaki ini mempunyai kesabaran yang tinggi.



Sengaja cari gaduh

Wanita sememangnya sinonim dengan suka mencari gaduh dan bertengkar saat berjauhan atau rindu. Akan tetapi, jika anda berjumpa dengan lelaki yang melayan anda dengan baik pada ketika ini, dia adalah yang terbaik. Bukan mudah nak kawal sikap anda yang macam ini, kalau lelaki panas baran tentu dah mengamuk dah.



Cuba ubah apa yang dia sudah selesa

Sengaja ubah penamilan dirinya yang dia sudah selesa bertahun-tahun, bahkan anda terpikat pun kerana penampilan dirinya juga. Tapi ingin menjaga hati anda, dia ikutkan saja kehendak anda untuk ubah itu ini. Walaupun dalam hati dia tidak selesa dan ingin tegur anda tetapi tetap saja dia diam dan ikut kehendak anda.

Anda sudah tidak jaga penampilan

Kalau dulu masa baru-baru kenal, anda begitu pentingkan penampilan tapi bila sudah lama, keluar dengannya dengan tak mandi pun anda sudah tak peduli lagi. Dia walaupun tidak tegur anda tetapi dia tidak suka akan perkara ini. Dia mahu anda kekal cantik di matanya dengan penampilan yang baik.

Orang lelaki bukan tak peduli, tapi mereka lebih sayangkan anda sebab itu dia diamkan sahaja. Jika anda jumpa lelaki seperti ini, anda sangat beruntung. Dia sayang anda lebih dari segalanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen