Lelaki Matang Tidak Akan Lakukan Ini Pada Pasangan Mereka. Take Note Gais.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjalinkan hubungan dengan seseorang yang matang dan jelas akan hubungan yang dibina adalah satu perkara yang diinginkan oleh wanita bujang. Ini kerana, hubungan sebegini sudah mempunyai arah tuju untuk bersama sehingga ke jinjang pelamin. Bahkan, masing-masing tahu tujuan hubungan yang dibina.

Namun begitu, bukan mudah nak lihat atau kenal dengan lelaki seperti ini. Kalau yang sekadar ingin bermain-main itu ramai, yang matang dan serius akan hubungan ini sedikit. Jadi, ramai wanita akan letak ciri-ciri pasangan yang matang dan serius dalam hubungan sebagai perkara yang penting.



Kematangan ini tidak mudah lihat atau diukur, tetapi anda boleh tahu mengenai tindakan dan sikap seseorang. Tapi ada juga yang sikap seperti keanak-anakan tetapi pemikiran mereka pula yang matang. Jadi macam mana?

Seorang lelaki yang matang, tidak akan lakukan ini pada anda.

Tidak remehkan pasangan dihadapan rakan-rakannya

Memperkecilkan atau meremehkan kelemahan pasangan itu adalah perkara yang tidak patut dilakukan. Akan tetapi, mereka yang tidak matang lebih cenderung melakukan ini kerana menganggap bahawa itu adalah sekadar gurauan, walaupun ia melukakan hati anda. Bahkan, tentu saja anda akan malu diperlakukan sebegitu, tapi dia tidak peduli akan semua itu.



Tidak sembunyikan hubungan kalian

Tidak mahu berkongsi hubungan kalian dengan orang lain sudah tentu perkara yang mencurigakan. Kalau benar dia mahukan anda secara serius, dia tidak kisah pun kalau orang lain tahu mengenai hubungan kalian. Tapi, jika sebaliknya nampaknya dia belum bersedia untuk satu hubungan yang serius lagi.

Tidak membiarkan pasangan merancang masa depan seorang diri

Sama-sama merancang dan berkongsi masa depan itu adalah tanda hubungan yang matang. Tapi, jika anda sahaja yang beria merancang segalanya dan dia tidak mempedulikan, nampaknya dia masih belum serius memikirkan masa depannya. Dia lebih mahu seronok dan malas memikirkan apa akan terjadi kemudian hari.



Tidak abaikan tanggungjawab

Dia tahu akan tanggungjawab sebagai pekerja, anak dan juga seorang muslim. Dia tidak akan mengabaikan segalanya malah lebih patuh akan tanggungjawabnya itu. Tidak pernah culas malah sentiasa mahu jadi yang terbaik dalam tanggungjawab yang dipikulnnya.

Tidak sengaja mencari bahan untuk bergaduh

Sengaja timbulkan pertengkaran untuk perkara yang kecil bukanlah satu tindakan yang matang. Bila ada masalah sekalipun, dia lebih gemar berbincang secara elok tanpa timbulkan salah faham yang makin melarat.

Jelas dengan hubungan yang terjalin

Tahu tujuan hubungan kalian terjalin dengan jelas, malah bersedia dan serius akan masa depan hubungan kalian. Dia tidak main-main, tetapi cuba untuk menjadi pasangan terbaik buat anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen