Jangan Terlibat Dalam Hubungan Tidak Pasti, Banyak Masa Yang Anda Bazirkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat anda yang masih bujang, terlibat dalam hubungan yang tidak pasti atau tanpa status adalah satu perkara yang mudah. Malah, kalian sendiri yang terjebak dalam hubungan seperti ini dengan sengaja. Bagi kalian ini adalah salah satu cara untuk kalian mudah mendapatkan pasangan.

Akan tetapi, ia bukan semudah yang anda fikirkan. Hubungan tanpa status atau tidak pasti ini hanya akan melukakan diri anda sendiri kelak. Ini kerana, masing-masing tidak memikirkan tujuan hubungan tetapi hanya beranggapan sebagai teman, cuma anda sahaja yang menganggapnya sebagai pasangan.



Hubungan ini bagaimana sebenarnya?

Hubungan ini sebenarnya adalah antara dua orang yang mahu berkenalan sahaja, tetapi lama-lama salah seorang menganggap dia itu pasangan tanpa status yang jelas. Sedangkan yang lagi seorang hanya menganggap bahawa mereka itu sekadar habiskan masa bersama kerana masing-masing berstatus single. Hubungan ini juga dianggap sebagai syok sendiri atau cinta sebelah pihak.



Apa yang ruginya jika terlibat hubungan seperti ini?

Hubungan ini tiada tujuan yang jelas

Kalian tidak berkongsi mengenai perasaan masing-masing akan tetapi campurkan rasa cemburu dan juga takut kehilangan. Sedangkan secara nyatanya kalian tidak menyatakan bahawa kalian ini sedangn berhubungan atau bercinta.

Walaupun anda dilayan seperti kekasihnya, boleh jadi dia memperlakukan semua orang seperti ini. Ini kerana, selagi tiada ajakan atau perbincangan mengenai tujuan hubungan atau apa pun, kalian berdua adalah hubungan yang tidak jelas.



Masih lagi memilih dan mencari

Dia masih belum memilih anda sebagai pasangan yang sama-sama berjuang hingga ke jinjang pelamin. Akan tetapi, dia masih memilih dan mencari seseorang yang dirasakan sesuai buat dirinya. Anda hanyalah sekadar rakan untuk berkongsi segala cerita dan rasa sahaja.

Berkawan biar seribu bercinta biar satu, inilah yang selalu akan dipegang oleh mereka. Hati-hati, takut anda saja yang syok sendiri.



Masa yang banyak terbuang

Hubungan seperti ini akan menghalang anda untuk berkenalan atau beri peluang pada orang lain. Anda beranggapan bahawa si dia itu adalah yang terbaik, lalu membuatkan anda berhenti mencari dan memilih. Tapi bila sebenarnya dia tidak rasa seperti yang anda rasakan, itu sebenarnya hanya membuang masa anda sahaja.

Jangan buang masa untuk hubungan seperti ini, anda sepatutnya sudah jelas akan perasaan seseorang dan tidak hanya betepuk sebelah tangan saja.

Walaupun rasa sunyi melanda diri, jangan mudah terlibat dalam hubungan seperti ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen