Move On Ini Tidak Boleh Terburu-Buru, Ambil Masa Untuk Diri Anda. Ini Kesan Kalau Terlalu Memaksa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai orang yang biasanya tergesa-gesa untuk move on melupakan bekas kekasihnya. Kadang kala tindakan seperti ini kerana egonya tercabar ataupun dia tidak mahu patah hati terlalu lama. Kalau boleh tak nak dikaitkan lagi dengan bekas kekasih lama, itu je tujuan nak move on dengan cepat.

Move on dengan tegesa-gesa selalunya dianggap membuahkan hasil, mudah untuk cari pengganti baru dan tidak akan kenang cinta lama, namun tidak semuanya bernasib baik seperti itu. Nak-nak lagi jika anda sejenis memang setia gila dekat pasangan lalu.



Sesetengah orang beranggapan bahawa move on dengan tergesa-gesa ini hanya memaksa diri dan hanya menyakitkan diri sahaja, sedangkan ia tidak membuahkan hasil. Move on itu perlukan masa bukan dipaksa, berikut adalah sebab mengapa tergesa-gesa itu hanya melukakan diri sendiri.

1. Membawa kesan yang buruk

Ada yang beranggapan bahawa move on dengan cepat atau tergesa-gesa ini sangat bagus untuk mereka yang terluka. Sedangkan perkara yang terburu-buru tanpa persiapan mental yang rapi akhirnya akan rapu lagi sekali dengan lebih teruk lagi.

Nak-nak lagi bila anda rasa sudah yakin anda sudah move on, tapi rupanya itu hanya sekadar rasa sedap hatinya. Bila dalam membuat keputusan dan fikiran anda masih belum mampu lupakan kenangan lalu.



2. Anda semakin memikir dirinya

Semakin anda berusaha untuk melupakannya dalam masa yang singkat, anda akan makin banyak memikirkan dirinya. Jadi bila anda banyak memikirkan dirinya dan kenangan lalu, makin lambatlah anda move on walaupun anda rasa nak cepat. Jangan terlalu mendesak diri, biarkan masa tentukan segalanya.

3. Tak fokus untuk diri sendiri

Bila dalam keadaan ini, anda tidak fikir nak rawat hati dan luka anda, tetapi anda lebih fikir nak lupakan dirinya dan jadi lebih hebat darinya. Sedangkan, proses move on itu adalah untuk pulihkan rasa sakit hati dan luka yang telah si dia lakukan dulu. Sebab itu anda perlu fokus dan bahagiakan diri sendiri, barulah mampu buka hati untuk orang yang baru.



4. Jadi lebih terluka dan sakit hati

Terlalu banyak memaksa dan mendesak diri sendiri akhirnya akan membuatkan anda lebih terluka. Nak-nak lagi bila anda lihat dia sudah ada pasangan baru atau begitu bebas nikamati hidupnya. Masa inilah baru anda sedar bahawa anda masih belum move on dari kenangan lalu. Bahkan ketika ini rasanya lebih sakit berbanding awal-awal.

5. Beri harapan pada yang salah

Melupakan seseorang dengan menggantikan dengan orang yang baru adalah satu tindakan yang tidak wajar. Anda sepatutnya merawat diri sendiri dulu, bukannya beri harapan dan peluang kepada orang yang tidak tahu menahu. Bagaimana kalau dia pun terluka akibat kelakuan anda?

Move on ini adalah masa untuk anda pulihkan diri sendiri dan lupakan segala yang berlaku. Mulakan dengan langkah baru dan lebih positif. Setiap orang mempunyai masa move on yang berlainan. Jadi jangan terlalu memaksa diri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen