Proses Kebenaran Nikah Online Dalam Tempoh PKP Negeri Selangor.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkara yang baik usahalah dilengah-lengahkan, jika mampu dilakukan dan dipercepatkan maka segeralah lakukan. Nak-nak lagi bab nikah kahwin ini, bila ditangguh macam-macam kemungkinan boleh terjadi. Maka, jika ada peluang nak segerakan, lakukan terus.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan carta alir yang menjelaskan proses kebenaran melaksanakan akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerkan (PKP).



Berdasarkan carta tersebut, terdapat lima langkah yang perlu dilakukan oleh pasangan yang ingin bernikah di Selangor.



Sumber Berita Harian

Langkah pertama adalah pemohon perlu menghubungi pengawai JAIS untuk mendapatkan penerangan mengenai proses yang akan dilaksanakan.

Seterusnya, Pengarah JAIS akan memberi kebenaran khas untuk berkahwin jika dokumen yang disediakan bakal pengantin berkenanan lengkap (REK-PKP-01).

Kemudian pegawai yang bertugas akan menghubungi pemohon untuk memaklumkan tarikh pernikahan.

Pengantin akan dinikahkan melalui sidang video dan senarai semak proses akad nikah PKP akan dilengkapkan (REK-PKP-02).

Langkah terakhir adalah pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dengan mengemukan Slip Perakuan Nikah Sementara (REK-PKP-03) bagi mendapatkan Surat Perakuan Nikah Negeri Selangor mengikut Seksyen 26, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas PKP berakhri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen