Antara Sikap Perempuan Yang Membuat Lelaki Menjauh. Kena Buang Sikap Ni!

Oleh: Zuzu Yasmine

Sikap seseorang dikatakan sangat memperngaruhi hubungan. Hal ini berlaku kerana seseorang tidak hanya akan tertarik dengan rupa paras dan wang ringgit anda sahaja, tetapi sikap yang baik akan mencerminkan keperibadian diri anda.

Sesetengah wanita, dia begitu yakin dengan diri dan sikap yang dia ada. Tanpa sedar, sesetengah sikap itu yang membuatkan lelaki takut untuk mendekati dirinya. Nak-nak lagi jika memikirkan bahawa perlu berkongsi hidup dengan anda tentu lebih menakutkan dirinya.

Akan ada yang menyatakan lebih baik tunjuk sikap sebenar berbanding berpura-pura. Itu sememangnya betul, tapi sikap itu sendiri sebenarnya telah menakutkan mereka. Kadang kala, kalau berpura-pura pun tentu akan terbongkar juga. Inilah masalah yang sering kali dihadapi oleh wanita yang mempunyai sikap ini.



Ini 5 sifat wanita yang membuatnya sulit mendapat pasangan. Anda yang banyak kali putus hubungan itu, cuba semak balik sikap anda.

Terlalu perfectionist

Tidak salah untuk menjadi wanita yang mempunyai visi dan cita-cita yang jelas, tapi ini sebenarnya membuatkan lelaki takut untuk mendekati anda. Kadang lelaki tidak suka dengan wanita seperti ini kerana menganggap anda terlalu berlebihan dan terlalu kasar dengan diri sendiri. Bila menjalinkan hubungan dengan anda, dia rasa tidak selesa.

Elakkan daripada menjadi terlalu perfectionist dalam segala hal kerana segala yang berlebihan tidak baik. Mempunyai impian dan cita-cita tentang sesuatu adalah baik, selagi anda masih menikmati dan bersikap realistik kerana lelaki lebih suka wanita yang dapat mengawal diri dengan baik.



Selalu bergantung

Sikap ini juga sebenarnya tidak disenangi oleh lelaki. Mungkin anda rasa sikap ini kelihatan comel dan juga cute, tapi sebenarnya ia tidak disukai lelaki. Walaupun mereka tidak suka yang perfectionist, tapi sikap seperti ini akan lebih membuatnya rimas.

Sifat ini tentunya membuat perempuan kelihatan jadi tidak menarik karena ia cenderung bergantung pada orang lain. Lelaki menyukai wanita yang memiliki sifat manja tetapi tidak jika semua hal anda gantungkan padanya atau pada orang lain.

Pentingkan diri sendiri

Dalam hubungan perlu adanya bertolak ansur dan memikirkan pasangan juga. Jika semuanya hanya mementingkan diri anda sahaja sehingga dia pula yang terluka tentu sahaja dia tidak mahu teruskan hubungan dengan anda. Dia merasakan tidak selesa dan terikat.

Buang segala sikap ego dan pentingkan diri anda. Sekali sekala cuba faham sikap pasangan anda. Barulah hubungan lebih harmoni.



Mata duitan

Aduhhh, jika ini sikap anda memang akan buat lelaki yang tidak berduit takut. Bukan itu sahaja, biasanya anda punya keinginan ini sukar untuk dipenuhi jika bab wang ringgit dan harta benda. Jadinya, ramai lelaki lebih mengundur diri berbanding cuba berjuang bersama anda.

Kalau nak temui cinta sejati, buang sikap seperti ini kerana ia sebenarnya akan melukakan hati anda semula. Wang ringgit belum tentu menjamin kebahagian diri anda.

Suka mengeluh

Lelaki mana yang ingin mendekati wanita yang suka mengeluh, tentunya mereka pasti akan menghindari wanita dengan sifat seperti ini kerana hanya akan menyusahkan.

Lelaki lebih suka wanita yang kuat, realistik, dan berdikari kerana sifat seperti itu sangat menyokong hubungan atau ketika hidup bersama. Sekiranya anda sering mengeluh tentang banyak perkara, ia mesti kelihatan sangat tidak matang dan sangat memenatkan.

Suka mendesak atau terburu-buru

Ada sesetengah lelaki sukakan hubungan yang santai dan tenang, baginya semua ikut masa dan juga perasaan. Jika anda mendesak dan terburu-buru dalam menjalinkan hubungan dengannya, dia rasa tidak selesa dan tidak bersedia. Akhirnya dia akan undurkan dirinya.

Sikap ini selalu ada bila anda seolah-olah teringin memiliki pasangan. Sikap seperti ini akan membuatkan pasangan lebih menjauh walaupun anda lihat dia senang melayani anda dengan baik, tetapi itu hanya sementara sahaja.

Jika anda memiliki sikap seperti ini, perbaiki sikap anda dan kawal sebaik mungkin. Jangan terlalu berlebihan sehingga dia dia rasa tidak selesa dan memilih untuk undurkan diri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen