Tanda-Tanda Pasangan Anda Seorang Perfectionist. Wajib Tahu Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

“A perfectionist is a person who refuses to accept any stawak rd short of perfection. In psychology, perfectionism is a personality trait characterized by “a person’s striving for flawlessness and setting excessively high performance stawak rds, accompanied by overly critical self-evaluations and concerns regarding others’ evaluations.” [1] To a perfectionist, anything that’s less than perfect is unacceptable.”

Kadang kala kita tidak tahu bahawa pasangan kita itu seorang yang perfectionist, dari luar dia nampak biasa-biasa sahaja, akan tetapi bila dah makin lama anda kenal dengannya, tentu anda mula rasa ada yang pelik dengannya.

Sesetengah orang, perfectionist itu mungkin menguntungkan anda. Dia akan kelihatan kemas dan teratur dalam semua perkara. Akan tetapi, bagaimana pula anda nak berdepan dengan dirinya dengan keadaan anda yang kadang sambil lewa dan biasa-biasa sahaja. Mungkin anda akan ada sedikit tekanan bila berkenalan dengan mereka.



Mana tidaknya, orang fikir si perfectionist ni seorang yang kalut, memaksa, dan “over” kalau melakukan sesuatu walau pun hal kecil je. Biasanya Perfectionist akan letak target mereka sendiri, mereka sentiasa ada timeline dan goal untuk dicapai. Si perfectionist ada prinsip yang mereka pegang dan kegagalan bukan lah satu pilihan.

Jadi nak tahu pasangan anda itu perfectionist atau tidak, lihat ciri-ciri ini.



1. Tiada Ruang untuk melakukan kesalahan. Dia mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kesilapan dan menjadi orang pertama yang jumpa kesalahan tu. Dia sangat teliti dalam sesuatu perkara.

2. Dia ada cara tersendiri bila melakukan sesuatu. Dia susah nak terima sesuatu jika ia nya tidak kena dengan cara dirinya. Ramai akan salah faham dengan dia sedangkan dia mahu yang terbaik.

3. Dia sejenis yang menetapkan sesuatu idea secara mutlak. Pendekatan dia ialah sama ada dia melakukan semuanya dengan baik, atau dia tidak melakukannya sama sekali. Segala-galanya di antara ya buat dan tak buat langsung.

4. semuanya tentang apa yang dia dapat di penghujungnya. Dia tak peduli pun cara untuk laksanakan dan apa yang diperlukan asalkan semuanya mengikut apa yang dia tetapkan. Jika gagal, dia cenderung untuk marah dan salahkan diri sendiri.



5. Dia sangat berkeras dengan diri sendiri, selalu mengkritik diri sendiri dengan teruk dan menyalahkan diri sendiri atas hal-hal kesalahan yang kecil.

6. Selalu menjadi tertekan kerana kegagalan dan sering kali timbul perasaan sesal dan salahkan diri dengan soalan-soalan seperti “kalau lah”, “bagaimana jika”, “kan aku dah kata”

7. Dia jarang berpuas hati dengan sekadar berjaya habiskan sesuatu tugasan. Dia cenderung nak hasilkan result yang luar biasa.

8. Oleh sebab dia memang mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara jadi dia tidak kisah untuk berkorban wang ringgit, masa, dan tenaga. Pendek kata dia sanggup buat apa sahaja termasuk lah terganggu waktu tidur untuk buat semuanya sempurna.

Kalau pasangan anda seperti ini, anda kena lebih bijak dalam mengambil hatinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen