Serba Salah Nak Reject Seseorang, Ini Tips Menolak Tanpa Menyinggung Perasaannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan niat anda untuk memberi harapan pada seseorang, tapi mungkin perasaan yang hadir dalam dirinya secara tiba-tiba. Setiap orang pasti pernah mengalami situasi sebegini bukan. Tidak tahu macam mana nak menolak atau reject seseorang yang menyukai anda.

Bimbang kalau dirinya terluka atau anda yang terlalu berkasar dengannya, itu adalah perkara yang sering kali bermain difikiran. Selain itu, anda juga bimbang kalau sikap jujur anda itu akan membuatkan persahabatan kalian terputus.

Jadi, macam mana nak berterus terang dengan dirinya tanpa melukakan hatinya, malah membuat hati anda terasa lapang. Bab-bab ini kenalah berjaga-jagakan, takut dia menyimpan dendam pula.



Mungkin ini beberapa cara anda boleh cuba.

Jarang balas pesanan dirinya

Membalas pesanan dengan laju dan terlalu kerap mungkin salah satu punca dia meletakkan harapan dan hatinya pada anda. Selepas ini, cuba kurangkan untuk membalasnya dengannya. Bahkan, kalau boleh cuba untuk abaikan dirinya. Barulah dia tahu bahawa anda tidak memberi ruang pada dirinya.

Biasanya, seseorang yang mudah sedar akan perubahan anda dia akan mula faham. Namun, ada juga yang tidak mudah putus asa untuk dapatkan perhatian dari anda. Kalau itu kena cuba tips yang kedua.



Tolak dengan baik jika dia ajak berjumpa berdua

Jika dia rakan anda dan selalu lepak bersama rakan-rakan lain, mungkin agak susah untuk lakukan perkara ini. Akan tetapi, jika tiba-tiba dia mengajak anda untuk keluar berdua dengannya, jangan mudah terima ajakkan itu.

Ini kerana, dia sengaja menggunakan kesempatan itu untuk lebih dekat dengan diri anda. Jadi, berikan apa-apa alasan yang logik serta tidak melukakan hatinya.

Jangan terima apa-apa pemberian darinya

Dia beri coklat, bunga ataupun benda-benda lain yang membuka senyuman anda, jangan mudah terpedaya. Dari situlah dia akan mula rasa anda juga mempunyai perasaan yang sama. Biasanya wanita suka jika diberi perkara sebegini dan mudah untuk cair.

Jika anda menerima segala pemberiannya, itu sama juga dengan anda telah memberinya harapan dan laluan.



Berterus terang lebih baik

Jika dia masih menunjukkan segala usahanya untuk mendapatkan anda, adalah lebih baik kalau anda berterus terang sahaja padanya. Pilih ayat yang baik dan sedap didengari dan elakkan ayat yang akan melukakan hatinya. Dalam keadaan ini, anda perlu berhati keras dan jangan mudah berlembut hati.

Kadang memang bukan mudah nak menolak seseorang yang telah berharap pada anda. Tapi hati tidak boleh dipaksa walaupun yang datang itu adalah seorang yang begitu sempurna.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen