Menjadi Wanita Dengan Status "Single" Bukan Mudah, Kadang Perlu Perhatian Dari Lelaki Juga.

Oleh: Zuzu Yasmine

“Seronok jadi wanita berstatus single ini, bebas nak lakukan apa sahaja malah boleh tumpukan kepada karier serta diri sendiri sahaja” selalu bukan kita dengar perkara ini dari wanita yang masih single.

Namun, itu hanya sekadar kata-kata di mulut mereka sahaja, kenyataannya belum tentu seperti itu. Nak-nak lagi di hati mereka, tentu sedikit sebanyak tidak sama seperti apa yang dia katakan di mulut mereka.

Mana-mana wanita yang masih bujang sudah tentu akan tunjuk kuat di luarnya, akan tetapi di dalamnya dia masih ingin rasa dicintai dan mencintai. Nak-nak dari seorang insan yang bernama lelaki, wanita mana yang tidak mahu dijaga dan dilindungi oleh lelaki.

Apa yang mereka rasakan sebenarnya?

Mampu berdikari tapi rasa kesunyian

Mempunyai kerja yang bagus, boleh makan bersendirian, boleh melancong ke mana sahaja malah ada juga yang bebas untuk lakukan semua perkara tapi pada masa yang sama dia akan terasa sunyi walaupun sedikit. Ada mampu melakukan segalanya, tapi rutian harian tetap sahaja akan terasa sunyi.



Rasa bebas dalam semua perkara tapi mahukan bimbingan dari lelaki

Anda mungkin terasa bebas untuk melakukan pelbagai perkara, tetapi sebagai seorang wanita anda juga mahukan bimbingan dari lelaki. Paling tidak pun pelindungan dari seorang lelaki. Barulah anda rasa seperti disayangi dan dihargai. Kalau seorang diri tentu anda tidak merasai semua itu.



Ada rakan dan keluarga tapi ingin rasa kasih sayang seorang lelaki

Akan ada yang kata cukup sekadar rakan-rakan dan keluarga, tapi kasih sayang mereka ini tidak sama macam suami atau kekasih hati. Mana tidaknya, anda tidak akan melakukan perkara yang romantik bersama keluarga dan rakan anda bukan, sudah tentu dengan pasangan sahaja anda lakukan semua ini.

Selalu tunjuk yang mereka bahagia tetapi sebenarnya mereka inginkan teman

Walaupun anda selalu tunjuk yang anda bahagia seorang diri, tapi anda masih mahukan teman untuk berkongsi dan bergaduh. Kadang kala, tempat untuk bermanja dan juga menangis. Dengan pasangan, anda boleh lakukan semua perkara itu. Sebab itu, pasangan adalah teman yang paling rapat sekali dengan anda.



Tak semua perkara boleh buat dan harapkan lelaki membantu

Walaupun anda menyatakan bahawa anda mampu lakukan semua perkara, tapi ada sesetengah perkara yang hanya lelaki mampu lakukan. Sebagai contoh, baiki rumah, atau lihat keadaan kereta. Wanita kurang mahir akan dua perkara ini, sebab itu perlukan bantuan dari lelaki.

Dari segi kebebasan mungkin anda mampu memilikinya tapi untuk melalui hidup seperti anda mampu lakukan segalanya tanpa lelaki itu mungkin tidak. Jangan malu untuk akui bahawa anda juga inginkan seorang suami dalam hidup anda yang mana anda boleh bermanja dan juga membina keluarga bersamanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen