Sentiasa Jaga Batas Dengan Ibu Mertua, Bukan Menjauh Tetapi Lebih Menghormati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata, “layan ibu bapa mertua ini sama seperti kita layan ibu bapa kita sendiri”. Akan tetapi, ibu bapa mertua ini kita perlu lebih hormat lagi berbanding dengan ibu bapa kita. Tidak apa jika kita ada rasa sedikit rasa takut dengan ibu bapa mertua, asalkan jangan terlalu selesa hingga mengguris hati mereka.

Rasa takut yang ada dalam diri kita ini akan buat kita rasa lebih hormat pada mereka. Ada juga nasihat yang menyatakan bahawa “lakukan ibu bapa mertua ini seperti rakan kita sendiri” tapi dengan rakan-rakan anda adalah orang yang berlainan bukan? Sudah tentu pergaulan itu sangat tidak sesuai.

Sangat untung jika rezeki anda mendapat ibu bapa mertua yang baik, tapi bagaimana pula jika yang sebaliknya. Sudah tentu ada sebab mengapa kita perlu lebih hormat mereka ini.



Hormat dirinya yang lebih berpengalaman

Sama seperti ibu bapa kita juga yang mempunyai pengalaman yang banyak. Namun, dengan mertua ini dia agak berlainan. Dia lebih berpengalaman dalam menjaga pasangan kita, jadi baik buruk pasangan kita ini mereka tahu. Bila kita menghormatinya lebih sedikit, dia akan beri ruang untuk anda mengenali sikap anaknya sendiri.



Tidak semua perkara sesuai anda katakan padanya mengenai anaknya

Ada orang bila dia sudah begitu rapat dengan mertuanya dan membuat mereka ini seperti rakan, dengan semudahnya berkongsi mengenai kelemahan dan kekurangan anaknya. Jika anda sebagai ibu bapa sudah tentu anda terasa dengan kata-kata atau tindakan seperti ini. Hal ini kerana, ibu bapa mahu tahu bahawa anak mereka ini sentiasa baik di mata mereka. Perkara sebegini banyak mengguris hati ibu bapa mertua dalam diam.

Dia tidak sama seperti ibu bapa yang memaafkan anak-anaknya

Sebagai ibu bapa, kita tahu apa pun silap dan kesalahan anak-anak, mereka akan selalu memaafkan dan melupakan. Akan tetapi, ibu bapa mertua ini kalau anda melakukan silap dia akan ingat dan kekal ingat perkara tersebut. Sebab itulah dengan ibu bapa mertua ini perlu berhati-hati.



Ibu bapa kita memahami kita dari kecil, tetapi mereka belum memahami anda

Ibu bapa anda telah mendidik anda sejak kecil lagi, jadi segala perangai anda dia begitu faham dan masak dengannya. Berlainan pula dengan ibu bapa mertua anda yang baru ingin berkenalan dengan anda, malah ia mungkin ambil masa sedikit. Kalau pulang ke rumah ibu bapa sendiri tidak tolong masak tidak apa, tetapi kalau ke rumah ibu bapa mertua tentu tidak sedap untuk lihat sahaja.

Seselesa apa pun anda dengan ibu bapa mertua, tentu tidak akan sama dengan seselesa dengan ibu bapa sendiri. Jadinya, jangan kerana terlalu selesa ibu bapa mertua terguris.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen