Jangan Mudah Percaya Akan Mitos Dalam Rumahtangga, Lalui Dulu Baru Tahu. Ini 7 Mitos Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang dia agak takut nak ambil keputusan untuk berkahwin. Mana tidaknya, dah dimomokan dengan pelbagai perkara mengenai betapa takutnya rumahtangga, itu yang membuatkan mereka ini takut nak berkahwin dan mendirikan rumahtangga. Ada yang bimbang kalau pasangannya seperti itu atau rumahtangganya berlaku seperti yang dinyatakan.

Akan tetapi, itu hanya mitos atau kata-kata orang sahaja, kenyataannya belum tentu benar atau betul lagi.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Tidak mungkin dalam perkahwinan itu semuanya pahit, tentu lebih dari 70% dalam perkahwinan itu adalah satu kebahagiaan dan penuh kegembiraan.



Neurosis atau masalah personaliti mampu menghancurkan rumahtangga:

Tidak benar, kita semua mempunyai personaliti tersembunyi. Bukan personaliti itu yang menghancurkan rumahtangga, namun bagaimana kita menguruskan personaliti tersebut.

Minat yang sama dapat menjadikan pasangan itu kekal bersama:

Ianya mungkin benar dan mungkin salah – sebenarnya ianya lebih kepada “bagaimana” kamu membuat sesuatu secara bersama sama.



Bertolak ansur dapat menjadikan hubungan yang baik sesama pasangan:

SALAH!!! Ianya berlawanan – memendam rasa hanya akan MEROSAKKAN perhubungan. Sebaliknya pasangan yang bahagia hanya akan membuat sesuatu perkara kerana mereka bahagia dengan perhubungan mereka.

Mengelakkan konflik akan menghancurkan rumah tangga:

Bercakap perkara yang mungkin menimbulkan masalah dan tidak menyatakan sesuatu perkara yang mungkin menimbulkan masalah (menyembunyikan serta tidak ambil endah perkara tersebut) adalah sifat yang bertentangan, dan keduanya bukanlah baik atau buruk. Ianya sebenarnya sama ada kedua dua pasangan berpuas hati dengan pendekatan yang di gunakan.

Mempunyai hubungan lain (having an affair) adalah punca utama penceraian:

Tidak benar! Hubungan luar biasanya berlaku di sebabkan wujudnya masalah dalam perhubungan sedia ada. Hubungkait masalah yang menyebabkan berlakunya penceraian juga menyebabkan orang mencari hubungan di luar.



Lelaki bukanlah secara asalnya di bina untuk sebuah perkahwinan:

Sebenarnya perkara itu lebih kompleks dari itu. Satu kajian di lakukan menunjukkan semakin banyak wanita memasuki bidang kerjaya, semakin tinggi jumlah wanita yang mempunyai hubungan luar (affairs)

Lelaki dan wanita berasal dari planet yang berbeza:

“lelaki adalah dari marikh dan wanita adalah dari zuhrah” – ini adalah frasa yang terkenal. Perbezaan jantina mungkin menyumbang kepada masalah rumah tangga, namun ianya bukanlah punca masalah. Terdapat faktor umum yang asas yang di inginkan oleh kedua dua jantina dalam sesebuah perhubungan. 70 % lelaki dan wanita berkata silaturrahim adalah kunci kepuasan sesebuah perhubungan, dan ianya amat mempengaruhi perhubungan tersebut.

Jangan mudah percaya akan kata-kata orang, apa yang lebih penting anda perlu lalui dahulu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen