UAE Benarkan Rakyatnya Kahwin Secara Online, Teruskan Perkahwinan Ketika Covid-19.

Oleh: Zuzu Yasmine

Saat Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari fasa 1 lagi, ramai pasangan yang bercadang untuk mendirikan rumahtangga telah menunda tarikh perkahwinan mereka kerana terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Walaupun dengan berat hati, tidak dapat meneruskan seperti yang dirancang kerana telah banyak persiapan dan wang ringgit telah dikeluarkan, namun demi mengelakkan wabak Covid-19 ini menjadi lebih teruk dan meluas, adalah lebih baik jika ditunda sehingga keadaan menjadi reda dan selamat untuk semua.



Akan tetapi, berlainan pula dengan negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kerana melancarkan perkhidmatan perkahwinan dalam talian yang membolehkan pasangan meneruskan pernikahan walaupun dalam sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Memetik laporan FMT, warga UAE dan penduduk di sana boleh memilih tarikh untuk majlis perkahwinan dalam talian yang akan dikendalikan menerusi pautan video bersama jurunikah selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.



Menerusi prosedur itu, jurunikah akan mengesahkan identiti pasangan dan saksi sebelum sijil nikah diserahkan kepada mahkamah khas untuk pengesahan. Pasangan pengantin akan menerima pengesahan sijil nikah itu melalui mesej teks.

Perkhidmatan ini diperkenalkan selepas Dubai menggantung urusan berkaitan perkahwinan dan perceraian akibat kekangan pergerakan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19. Namun, sehingga kini tidak ada sebarang maklumat mengenai langkah menyelesaikan urusan perceraian sepanjang tempoh sekatan pergerakan.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen