Bahaya Pertahankan "Toxic Relationship" Sehingga Ke Jinjang Pelamin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai orang yang terjebak dalam toxic relationship dan cuba untuk bertahan dalam hubungan tersebut untuk satu jangka masa yang agak lama, ada yang sampai berumahtangga. Sesetengah pasangan percaya bahawa, perkahwinan mampu mengubah seseorang menjadi lebih baik dari semasa bercinta.

Hakikatnya, tidak semua apa yang anda angankan itu menjadi kenyataan, bahkan boleh jadi semakin teruk sebenarnya. Bila sudah berkahwin, untuk menyelesaikan perkara ini akan menjadi lebih rumit dan agak sukar.

Hubungan seperti ini jika dibawa sehingga ke jinjang pelamin sebenarnya agak berisiko. Apa risikonya? Ini antara risiko yang perlu anda hadapi.



Perkahwinan tidak akan mengubah sesiapa pun

Ramai yang memilih untuk berkahwin dengan pasangannya kerana yakin bahawa selepas kahwin dia akan berubah. Dia akan menjadi lebih baik dan melayani anda dengan baik. Sebenarnya, dengan perkahwinan ini anda akan lebih kenal pasangan anda lebih dalam berbanding waktu bercinta.

Keinginan untuk membina keluarga bahagia itu hanya datang dari anda seorang diri. Sedangkan dia tidak mempunyai impian yang sama. Sedangkan, perkara ini perlu datang dari kedua-dua pasangan, barulah anda dapat bina hubungan yang bahagia.



Harapan yang berlebihan tanpa sedar anda semakin merana

Anda akan meletakkan harapan yang semakin tinggi pada dirinya. Ini kerana, anda sentiasa yakin bahawa dia akan berubah dengan tanggungjawab dan kasih sayang dari anda, nak-nak lagi jika anda cuba pertahankan hubungan tersebut.

Setiap hari anda menyatakan bahawa dia akab berubah dan anda meletakkan harapan yang tinggi, namun setiap hari itu jugalah anda akan kecewa. Berkahwin bukan selesaikan masalah anda, tetapi menambah masalah anda jauh lebih ke dalam dan besar.



Kekecewaan yang akhirnya membuat anda sedar

Bila terlalu banyak sangat harapan dan kata-kata semangat yang palsu. Anda sebenarnya akan sedar saat itu, tapi pada ketika itu anda sudah terlalu kecewa dan lama bertahan. Bahkan, anda juga akan menyesal tidak mengakhiri hubungan ini dari awal lagi.

Apabila terlibat dalam hubungan seperti ini, jangan cuba untuk bertahan dan berharap bahawa semuanya akan pulih dan kembali normal. Akan tetapi, larikan diri anda dari hubungan seperti ini dan bina hidup baru. Perkahwinan itu bukan jaminan untuk seseorang lebih menyayangi diri anda selepas dia menyakiti anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen