Jangan Tambah Luka Pasangan Dengan Mengabaikan Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang, bila dirinya terluka dia lebih suka untuk memendamkan segalanya. Bila ditanya, dia lebih selesa untuk berkata “tidak tahu” “tiada apa” tapi hakikatnya di dalam hati dia menangis.

Ada juga yang bila terluka hatinya, dia mula menjauh. Tapi bila ditanya, jawapan masih sama. Cuba merawat hati sendiri, bila sudah pulih dia kembali sedia kata.

Ada juga yang bila dia terasa, dia akan berikan senyuman yang tawar. Bila ditanya, jawapan masih sama. Senyuman yang manis semakin hari semakin tawar. Tapi tiada siapa peduli dan ambil tahu.



Begitulah dalam hubungan ini, kadang kala pasangan memilih untuk diamkan diri kerana merasakan itu yang terbaik. Dia merasakan dengan berdiam diri ini semuanya akan kembali okay dan normal seperti sedia kala, sedangkan hakikatnya dia simpan semuanya di dalam hati yang bila-bila masa sahaja yang meletus dan meletop.

Dalam hubungan ini, semua perkara perlu diluahkan dan perlu dinyatakan, tetapi tidak semua orang mampu lakukan itu. Ada yang tidak mampu nak lakukan kerana ingin menjaga hati pasangan, tidak mahu masalah menjadi perkara besar ataupun dia tahu perkara ini akan berulang lagi. Sebab itulah dia memilih untuk diamkan diri sahaja.



Itulah pasangan, dia takut ingin melukakan hati anda. Bimbang jika anda turut terluka kerana hal yang tidak seberapa tapi, tak akan anda ingin biarkan dia terluka seorang diri?

Bila pasangan lebih banyak diamkan diri,
Bila pasangan mula berikan senyuman yang tawar,
Bila pasangan mula jauhkan diri,
Bila pasangan mula kata tiada apa,
Jangan hanya diamkan diri. Buat sesuatu agar dia tidak seperti itu lagi.



Ramai yang memilih untuk mengabaikannya kerana tahu selepas ini akan okay kembali. Ramai yang memilih untuk abaikannya selepas pasangan mula kata tiada apa dan tidak mahu kongsi.

Tapi sebenarnya, bila anda mula abaikan dan tidak rasa ingin tahu, dia makin sedih dan kecewa. Jangan tambah dengan apa yang dia rasa dengan perkara sebegini.

Jadi, bila nampak dia mula tidak seperti selalu, mula ambil tahu apa masalah dirinya. Mula bertanya dan kerap bertanya. Mungkin hari ini dia kata “tiada apa”, tapi esok lusa dia mungkin akan berkongsi segalanya. Jangan berhenti dengan hanya satu pertanyaan, tetapi sentiasalah bertanya mengenai segala keadaan dan perasaannya.

Hidup bersama pasangan inikan berkongsi, jadi kongsi segalanya dengan pasangan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen