Asah Bakat Anda Semasa Duduk Di Rumah Ini, Mana Tahu Boleh Guna Buat Cari Duit Tepi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah sebulan rakyat Malaysia mematuhi Printah Kawalan Pergerakan (PKP), bahkan ia juga akan disambung lagi sehingga keadaan telah pulih seperti sedia kala. Rata-rata ini sudah tentu masing-masing sudah mula rasa agak tertekan dan juga mula merasakan bosan untuk tinggal di rumah. Nak-nak buat mereka yang jauh dari keluarga dan tinggal di rumah bujang.

Banyak masa yang terluang digunakan untuk tidur, bermain game, serta menonton drama kegemaran. Selepas habis lakukan semua perkara itu, rasa bosan dan sunyi akan mula timbul semula. Jadi apa yang boleh anda lakukan?



Tentu ramai yang tidak pernah terfikir menggunakan masa ini untuk mengasah bakat yang terpendam bukan. Paling tidak, anda boleh juga asah skill anda untuk kegunaan kerja atau diri sendiri kelak. Skill apa yang boleh anda asah?

1. Editing photo dan video



Sekarang ini, dua perkara ini sangat memainkan peranan penting dalam dunia perkerjaan. Malah, jika anda mempunyai skill ini, anda boleh gunakan ia sebagai kerja part time anda. Maka dengan itu, mahirkan diri anda dengan menggunakan adobe yang sepatutnya dan sesuai digunakan untuk edit gambar dan juga video. Boleh buat cari duit lebih ini.

2. Memasak



Buat orang perempuan memasak sudah tentu bukan satu masalah besar, tapi tidak rata-rata dari anda yang mahir memasak. Jadinya, gunakan masa ini untuk belajar memasak pelbagai jenis juadah. Barulah nanti boleh pikat hati suami dan keluarga mertua. Eh! Tapi bukan perempuan sahaja kena memasak, lelaki pun sama juga.

3. Melukis atau bermain muzik



Jika anda minat dengan melukis dan mewarna, maka masa ini anda boleh asah bakat anda dengan lebih dalam lagi. Tapi jika anda berminat dengan muzik, masa inilah digunakan untuk belajar muzik yang anda minat. Tak tahu macam mana? Semua perkara ini anda boleh dapat toturial di Youtube. Boleh Goggle je.

4. Ajar anak-anak



Buat mereka yang sudah memiliki anak-anak, sudah tentu masa ini digunakan sebaik mungkin untuk anda luangkan masa bersama anak-anak anda. Jika selalunya anda sibuk dengan kerja, kali ini anda pula menggantikan cikgu dan mengajar anak-anak sendiri. Baru nikmat bonding time kalian.

5. Berkebun



Buat yang mempunyai kawasan lebih di rumah, bolehlah anda gunakan saat ini dengan berkebun sedikit. Macam tanam pokok bunga, cili dan juga pokok yang tidak makan begitu banyak ruang. Barulah anda tahu tangan anda sesuai menanam pokok yang bagaimana. Lagipun, akan terasa tenang dan nyaman kalau melihat tumbuh-tumbuhan ini.

Jangan sia-siakan masa yang ada ini. Walaupun terasa bosan, tapi cuba cari tahu apa yang boleh anda lakukan agar tidak berdepan dengan kemurungan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen