Henti Lakukan Ini, Kalau Tidak Nanti Si Dia Makin Tawar Hati Dengan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa belum dapat si dia, sesiapa pun akan tunjukkan segala usaha pada dirinya. Segalanya akan ditunjukkan bahawa dia adalah yang terbaik dan dia patut memilih, jika tidak dia akan rugi. Tapi bila sudah dapat, jadi sebaliknya pula. Itulah adat dalam perhubungan saat permulaan semua orang bersungguh tapi bila dah dapat endah tak endah pula.

Kalau benar anda sayangkan hubungan yang dibina dan mahukan hubungan tersebut kekal dalam satu jangka masa yang lama dan anda juga berniat untuk berkahwin dengannya, maka jagalah hati dan hubungan dengan baik. Jangan sesekali siakan kepercayaan yang telah diberikan.

Tidak smeua orang mampu berikan peluang kedua, bahkan tidak semua orang juga mampu bertahan dengan sikap anda. Jadi macam mana nak jaga hubungan agar si dia tidak tawar hati dengan anda?



Banyak sebenarnya, tetapi ini yang utama.

1. Selalu sibuk

Masa mula-mula berkenalan tentu banyak masa yang anda berikan kepadanya, tapi bila sudah lama anda sentiasa berikan alasan sibuk kerana tidak mahu dia mengganggunya, sedangkan tiada apa pun yang anda sibukkan melainkan menikmati masa bersendirian. Jika anda perlukan masa untuk diri anda, beritahu padanya. Jangan diamkan sahaja.

2. Suka bandingkan

Sesiapa pun sudah tentu tidak suka dibanding-bandingkan. Jika anda berada di tempatnya tentu anda akan merasai perkara yang sama. Jika anda mahukan orang terebut, maka pergi kejar dia, tapi jika anda pilih pasangan anda maka terima dia seadanya. Itukan lebih elok.



3. Tidak memuji

Jadi pasangan ini kena rajin memuji, barulah pasangan rasa dihargai dan disayangi. Puji segala usahanya, penampilan serta kelakukan yang baik darinya. Barulah dia akan berusaha untuk dapatkan pujian dari anda lagi. Jika anda kedekut pujian, pasangan mudah bosan dan mula mencari orang yang boleh berinya pujian pula.

4. Tidak cemburu

Bukan cemburu berlebihan, tetapi cemburu yang sedikit atau buat-buat cemburu. Orang kata cemburu itukan tandanya sayang, jadi cemburu sedikit kalau dirinya bersama dengan orang lain atau lebih mesra dengan orang lain. Barulah dia rasa seperti anda betul-betul mahukan dia, tapi kalau buat tak kisah dan tak peduli memang dia pun lebih pilih orang lain dari anda.



5. Suka besarkan masalah

Setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya, tapi jangan pula anda sengaja mempebesarkan dan mengeruhkan keadaan. Ini kerana, masalah yang kecil diperbesarkan dan kerap kali berulang hanya membuat hubungan renggang bukannya bahagia.

6. Suka menekan dan mengarah

Memaksa pasangan untuk mengikut segala kemahuan anda adalah satu tindakan yang salah. Anda sepatutnya menyokong atau beri pendapat yang baik, bukannya memaksa dia melakukan apa yang anda mahukan.

Banyak lagi perkara lain yang membuatkan rasa dalam hati seseorang menjadi pudar dan tawar. Malah, anda juga patut meletakkan diri anda pada dirinya. Jika rasa tak suka, jangan lakukan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen