Susah Betul Nak Berhenti Mengunyah Ketika Di Rumah, Ini Tips Kawal Tabiat Makan Secara Berlebihan Saat Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

`Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, masing-masing berdepan dengan masalah mengawal selera makan. Setiap masa mulut terasa nak menguyah dan teringin makan itu. Pula itu, banyak masa yang terluang maka ramailah yang rajin ke dapur.

Baik mak-mak, bapa-bapa mahupun yang bujang, masing-masing sibuk mencuba pelbagai jenis resepi. Kalau selalunya makan dua atau tiga kali sehari sahaja, tapi pada musim ini lebih pula waktu makannya, ada yang sampai 6 kali sehari itu belum termasuk dengan snek atau minum petang. Aduhhh, berat makin bertambahlah selepas ini.

Apa yang lebih membimbangkan, sudahlah kurang senaman, makan pula berlebihan malah dari yang manis sehingga yang berat-berat semuanya dinikmati dengan penuh selera. 



Ada juga yang mula membuat kawal pergerakan ke dapur kerana terlalu kerap sangat ke dapur. Ada juga yang sampai pintu peti ais pun tercabut kerana setiap masa selongkar peti ais. Macam-macam hal kan.

Tapi jangan risau, ini ada cara untuk anda hentikan tabiat makan secara berselera sangat pada waktu ini.

1. Jurnal pemakanan

Dalam bahasa mudahnya, anda perlu menulis dan mencatatkan apa yang anda makan, berapa banyak, masa dan perasaan yang dialami apabila makan serta tahap kelaparan anda.

Dari masa ke masa, anda boleh melihat pola pemakanan serta hubung kait antara emosi dan makanan yang anda ambil.

Ia mungkin sukar dilakukan, tetapi jika anda ingin mengubah tabiat pemakanan, ini yang perlu anda buat. Chaiyok!



2. Kawal keinginan

Anda benar-benar lapar atau sebab tekanan? Jika anda baru makan dalam masa 2 3 jam dan perut tidak berbunyi, itu bermakna anda tidak lapar. 

Cuba bertahan serta kawal keinginan tersebut. Biarkan rasa untuk makan berlalu. Ini pastinya dapat membantu mengatasi tabiat makan akibat tekanan.

3. Hindari kebosanan

Tabiat mengunyah akan muncul setiap kali dilanda kebosanan, maka anda perlu cuba atasi rasa tersebut. Bagaimana? 
Mungkin anda boleh mewujudkan 1 hobi baru seperti melukis dan mewarna (menggunakan gajet pun boleh) atau anda boleh mengemas ruang kediaman anda seperti mengubah posisi perabot dan sebagainya.

Melakukan sesuatu hobi baru atau sebarang perkara pada masa lapang bukan sahaja dapat mencegah kebosanan tetapi mampu menghilangkan keinginan makan.



4. Kekal hidrat

Terperap di rumah memberikan anda masa untuk fokus kepada kesihatan anda termasuklah berkaitan pengambilan air yang mencukupi. 

Kekal hidrat adalah penting untuk kesihatan secara menyeluruh. Ia juga dapat mencegah tabiat mengunyah secara berlebihan kerana tekanan.

5. Simpanan makanan

Apabila anda mengetahui di rumah terdapat makanan yang anda gemari, seperti coklat atau kek, pastinya ia boleh menyebabkan keinginan untuk makan membuak-buak walaupun tidak lapar. 

Jadi elakkan daripada menyimpan makanan-makanan tersebut di dalam rumah. Sekiranya anda dalam keadaan marah atau tertekan, hindari daripada menuju ke kedai runcit atau pasar raya sehingga emosi anda kembali stabil.

6. Snek sihat

Sekiranya masih sukar untuk mengawal tabiat mengunyah dan anda masih mahu makan, atasinya dengan memilih snek sihat. 

Pilihlah buah-buahan, sayuran dicicah yogurt, kekacang atau bertih jagung tanpa mentega. Atau anda mungkin boleh memilih makanan kegemaran anda versi rendah kalori. 



7. Jangan terlalu tegas

1 cara untuk mencegah makan secara berlebihan akibat tekanan adalah untuk tidak terlalu tegas atau mengehadkan pengambilan kalori secara keterlaluan.

Kadang kala apabila anda terlalu mengawal pemakanan kerana ingin cepat mengurangkan berat badan, ia hanya menyebabkan peningkatkan keinginan untuk makan – sebagai tindak balas emosi.

Untuk mengelakkan kesan negatif daripada makan akibat tekanan, anda perlu mengamalkan pemakanan sihat. Sekali sekala berikan diri peluang untuk makan makanan yang anda gemari seperti kek, coklat atau pizza.

8. Hidangan pemakanan

Biasanya kalau makanan yang dibeli berada dalam bekas atau balang, anda akan cenderung untuk makan secara berlebihan. 

Untuk mengatasi masalah ini, jika anda ingin memakan aiskrim, lebih baik letakkan di dalam bekas berbanding memakannya terus daripada bekas. 

Belajar untuk mengawal saiz hidangan makanan anda dan cuba untuk menghindari pengambilan secara berlebihan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen