Boleh Tahan Letih Kalau Uruskan Tugas Rumah Seorang Diri. Ini Tips Agar Suami Rajin Bantu Anda Di Rumah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang isteri, tentu sangat meletihkan anda apabila perlu berkerja dan juga menguruskan rumah pada waktu yang sama. Nak-nak lagi jika saat ini anda melakukan kerja di rumah. Sudah tentu anda perlu tumpukan lebih sedikit mengenai urusan kerja anda.

Malah akan jadi terkejar-kejar apabila anda menguruskannya seorang diri. Anak-anak, makan dan pakai juga anda perlu uruskan dengan baik walaupun ada kerja yang anda perlu lakukan.

Lebih meletihkan lagi apabila suami tidak mahu berkerjasama dengan menganggap bahawa kerja rumah ini adalah tugas isteri. Siapa kata kerja rumah ini hanya tugas seorang isteri sahaja?

Ketika ini juga, banyak kerja yang anda perlu lakukan. Nak-nak saat suami dan anak-anak sentiasa lapar dan sentiasa ingin anda masak sesuatu untuk mereka. Tentu lagi susah anda nak tumpukan segala perhatian anda kepada kerja yang ditugaskan.

Tiada cara lain lagi yang boleh anda lakukan melainkan meminta bantuan dari suami anda. Tapi macam mana nak minta suami beri bantuan juga?



1. Beri tugasan yang mudah

Mula-mula untuk membuatnya bangun dari tempat dia bermain game ataupun tempat tidurnya adalah dengan memberi satu tugasan yang mudah. Sebagai contoh, kumpul baju kotor, masukan baju ke dalam mesin basuh, jemur baju ataupun basuh pinggan mangkuk yang kotor. Biasanya lelaki lebih mudah nak bergerak apabila disuruh melakukan kerja yang mudah-mudah ini.



2. Agihkan tugas sepatutnya

Nak lagi mudah nak menjimatkan masa jika kedua-duanya perlu fokus dengan tugas masing-masing adalah dengan membahagikan tugas secara adil. Sebagai contoh, jika anda sudah memasak maka suami anda akan membasuh pinggan mangkuk, atau jika anda sudah cuci baju kotor maka suami akan menjemur pakaian tersebut. Bahagi kerja sebaik dan seadil mungkin, barulah sama-sama dapat siapkan tugasan dan juga keadaan rumah akan sedikit teurus.



3. Cakap sahaja “tolong”

Kalau susah sangat dan biasanya suami anda tidak mahu layan semua perkara. Cakap sahaja kepadanya untuk tolong lakukan perkara itu. “Abang tolong basuh pinggan lepas makan”. “Abang nanti tolong jemur baju”. Rajin untuk katakan tolong juga akan membuatkan diri akan membantu anda dalam menguruskan rumah anda.

4. Jangan kritik hasil kerjanya

Paling penting selepas suami anda membantu melakukan kerja rumah, jangan sesekali kritik atau menyatakan tidak puas hati anda terhadap cara kerjanya. Bersyukur sahaja yang dia telah membantu anda. Lebih baik anda memujinya agar besok dia membantu lagi.

Semoga anda isteri-isteri tidak stress duduk di rumah dan mampu selesaikan tugasan dan kerja rumah dengan sebaiknya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen