Wanita Yang Mudah Mengalah Kadang Hatinya Lebih Keras Bila Terluka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila seorang wanita itu keras hatinya, dia akan dikatakan seorang yang sukar dibentuk atau sukar untuk dijaga. Lebih suka ikut kepala sendiri berbanding ikut pendapat orang lain. Tapi, bila seorang wanita itu suka mengalah dan mudah bertolak ansur, dirinya diambil kesempatan. Malah kebaikan juga tidak dihargai.

Sangat beruntung anda bertemu dengan seorang wanita yang bertolak ansur dan mudah mengalah ini. Dia tidak hanya pentingkan diri sahaja tetapi dia juga memikirkan orang sekelilingnya. Bila anda memilikinya, hargai setiap perkara yang dia lakukan buat anda. Bukan mudah nak telan semua perkara sedangkan hati terluka.

Namun begitu, mereka ini bila berkali-kali dilukakan hatinya tentu sahaja boleh menjadi keras lebih keras dari seseorang yang anda kenal. Kerana luka yang anda cipta itu membuatkan dirinya sebegitu. Sebab itulah, bila dia masih mampu mengalah dan bertolak ansur dalam semua perkara ini, hargai sikapnya sebelum ia hilang.



Mengapa boleh jadi seperti ini?

1. Terlalu lama dia bertahan dan beri peluang

Seseorang yang terlalu lama bertahan dan sentiasa beri peluang kepada anda sudah tentu mampu berubah hati dan juga perasaan. Walaupun dirinya begitu sayang akan anda tetapi bila anda tidak menghargai dirinya, perasaan itu akan hilang atau menjadi tawar. Lalu ia akan menjadi sangat keras dan dingin dengan diri anda.



2. Rasa tidak dihargai

Sebenarnya tidak susah pun nak hargai seorang wanita ini. Sekadar ucap terima kasih, atau belanja makan tentu dia sudah rasa dihargai. Buat suami pula, nak hargai isteri ringankan tulang dengan beri bantuan di rumah. Sekecil perkara pun yang anda lakukan tentu dia akan rasainya. Wanita ini akan kekal bersama anda bila dia rasa dihargai walaupun untuk perkara yang kecil.



3. Dia akan jadi lebih berhati-hati

Bila dia sudah rasa sakitnya ditipu dan tidak dihargai, maka dia dengan sendirinya akan lebih berhati-hati dengan siapa yang mendekatinya. Walaupun orang yang pernah berjaya mendapat tempat di hatinya. Ini kerana, dia tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi. Dia akan lebih utamakan diri sendiri berbanding orang lain pula selepas itu.

Jadi bila anda berjumpa dengan seseorang yang keras dan dingin, boleh jadi dia pernah dilukakan hatinya suatu ketika dulu. Jangan cepat keluarkan kesimpulan tersendiri. Cuba untuk dekati dan dalami hati mereka.

Hati wanita ini lembut sahaja, tetapi bila sudah berubah makin sukar untuk memilikinya semula.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen