Apa Isteri Kena Buat Untuk Selalu Disayangi Suami. Isteri-Isteri Kena Take Note Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika selalunya si suami sibuk nak memahami rajuk isteri ataupun bagaimana nak bahagiakan si isteri, tapi bagaimana pula dengan suami? Tentu sedikit sebanyak dia juga mempunyai keinginan yang sama. Saling membahagiakan antara suami isteri ini tentu akan membuatkan hubungan dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang.

Selalunya kita baca tentang perkongsian bagaimana nak bahagiakan isteri. Kali ini, lelaki ini, Muhammad Ahmad berkongsi jika seorang isteri mahu disayangi suami. Ini yang isteri patut lakukan demi kebahagiaan bersama.



Isteri jika mahu sentiasa di sayangi. Selalulah setiap kali makan suapkan nasi untuk suami, suapkan yang terbaik buat suami. Barulah suami rasa rindu bila berjauhan.

Bila isteri mulakan Insyallah satu peringatan buat suami. Dulu saya segan juga makan bersuap depan mertua. Tapi sekarang dimana-mana pun kita buat amalan ini. Barulah mertua rasa senang hati sebab ada insan yang jaga dengan baik anak mereka.



Kadang-kadang bila isteri minum air, saya akan minum dari gelas yang sama dan tempat dimana bekas isteri minum. Sebab ini adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rupanya dengan amalan begini hubungan suami isteri akan lebih bahagia dan disayangi.

Bahagia ini perlu diusaha, perlu dipupuk dan disemai dengan cara yang telah ditunjuk ajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Barulah bahagia itu dapat dengan cara yang betul. Ramai yang berusaha untuk bahagia, tapi jika bukan cara Nabi Muhammad s.a.w bahagia ini akan sia-sia.

Bahagia itu buatkan kita sentiasa rindu dan doakan buat si dia. Buatkan kita makin dengan kepada Allah. Apabila kita bahagia anak-anak turut bahagia, orang di sekeliling kita juga turut bahagia.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#Isteri AnugerahTerhebatDariAllah


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen