Faedah Bercinta Di Universiti.

Oleh: Rafi

Universiti merupakan tempat mencedok ilmu sebanyak mungkin. Ia jugak tempat ehmm...ehmm... kepada sesetengah individu. Betul ke? Tidak salah untuk bercinta kerana memang kita dilahirkan untuk cinta mencintai, tetapi perlu ada adab dan batasannya. Selepas SPM, masuk universiti seusia 19-20 tahun, tengah semarak nak bercinta masa tu. Ketika inilah kita perlu hati-hati supaya cinta tidak mengatasi pelajaran di universiti. Ada sesetengah pihak, bila di universiti, keputusan exam merudum jatuh hanya kerana masa banyak terbuang bersama pasangan. Namun ada juga pasangan yang pandai membahagikan masa mereka dan hasilnya keputusan exam meningkat lebih baik. Pengalaman saya semasa di universiti, memang ada yang berjaya sambil bercinta dan ada juga gagal kerana cinta. Yang mana satu nak pilih? Tentulah bercinta dan berjaya.



Antara kelebihan bercinta semasa belajar di universiti :

1) Dapat bertukar fikiran secara terbatas.

2) Discussion pelajaran, kalau kursus yang sama.

3) Saling bantu membantu.

4) Meningkatkan motivasi jika pasangan dapat keputusan yang baik.

5) Dan yang lebih bagus lagi, kalau itulah pasangan yang anda pilih sebagai calon isteri, maka anda boleh nilai sejak dari universiti lagi.



Tetapi awas, jangan sampai percintaan itu memakan pelajaran kerana:

1) Banyak membuang masa bersama dari mentelaah pelajaran.

2) Banyak habis duit kerana enjoy.

3) Belajar semata-mata untuk lulus, bukan nak score kerana matlamat telah bertukar.

4) Hilang fokus, tumpuan kepada study.

Semuanya bergantung kepada diri masing-masing, kalau pandai membawa diri, nak bercinta pun tak pa, tapi kalau takut hanyut, lebih baik jauhkan dari bercinta dikampus. Biasanya tahun akhir adalah masa paling sesuai untuk kita mengintai-intai pasangan yang. kita inginkan, kerana kalau se awal tahun pertama dah mencari pasangan, bimbang kalau-kalau tersasar dari matlamat asal ke universiti.

Tepuk dada tanya hati anda...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen