Buat Mereka Yang Baru Jalinkan Hubungan, Ini Nasihat Buat Kalian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Saat bujang telah tamat, tentu anda seronok dan menarik nafas lega. Eh, nanti dulu! Nak kekalkan hubungan hingga ke jinjang pelamin ini lagi rumit dari anda hendak mencari jodoh. Walaupun anda bersyukur kerana sudah nampak bayang nak dirikan rumahtangga, tapi anda juga perlu tahu bagaimana nak kekalkan hubungan.

Orang sekarang ini sebelum berkahwin mesti nak bercinta dulu, katanya masa inilah nak kenal hati budi. Tak macam orang dulu-dulu yang boleh je terima pilihan ibu bapa.

Jadi buat mereka yang baru sahaja mula nak bercinta ini, jangan terlalu yakin yang dia itu jodoh anda. Banyak lagi kemungkinan akan berlaku dikemudian hari. Tapi, anda juga perlu ada usaha nak kekalkan hubungan, jangan main berserah dan pasrah sahaja.



Buat mereka yang baru bercinta, ini nasihat buat anda.

1. Jangan mudah kata putus dalam setiap masalah yang kalian alami

Bila tidak dapat capai kata sepakat, ramai yang lebih mudah untuk menyatakan perpisahan berbanding untuk berbincang dan selesaikan. Setiap masalah ini ada jalan penyelesaiannya, jangan mudah nak tamatkan hubungan. Kalau macam inilah sikap anda, jalinkan hubungan dengan sesiapa pun tak akan kekal lama. Hubungan ini perlu ada tolak ansurnya dan tak salah kalau anda mengalah serta meminta maaf.



2. Jangan terlalu guna bahasa kiasan pada pasangan anda

Kadang kala, bahasa kiasan ini hanya memakan diri sendiri sahaja bila mana pasangan tidak dapat memahami dengan baik. Bila rasa cemburu, tidak puas hati dan juga inginkan sesuatu, adalah lebih baik kalau anda berterus terang sahaja padanya. Itu bukan sahaja memudahkan kalian memahami antara satu sama lain, tetapi membentuk komunikasi yang bagus dan berkesan.

3. Tak salah kalau nak bercakap mengenai hubungan masa depan

Sesetengah pasangan agak takut untuk bercakap mengenai masa depan. Baginya, hubungan terlalu awal untuk memikirkan semua itu. Jangan bimbang, semuanya tidak terlalu awal. Bila anda bercakap mengenai ini dan mendapat respon yang baik darinya, itu bermakna dia serius dengan anda, jika sebaliknya anda sudah jelas bukan hubungan anda sampai ke mana. Jadi, jangan bimbang okay!



4. Privasi dalam hubungan diperlukan, ini baru bercinta belum kahwin

Kebanyakan pasangan akan mula saling bertukar password bahkan mula ambil tahu akan telefon bimbit dan media sosial pasangannya. Mereka beranggap bahawa itulah satu tindakan yang menunjukkan kalian sayang antara satu sama lain. Sebenarnya, itu adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya. Anda perlu beri ruang dan privasi pada pasangan anda. Ingat, kalian baru bercinta belum kahwin lagi.

5. Jangan halang pasangan anda kerana anda pasangan dirinya

Halang minat pasangan dan sekat apa yang pasangan suka lakukan, anda sememangnya tidak matang dan toksik dalam hubungan. Pasangan sepatutnya menyokong bukannya menghalang. Kalau si dia macam ini, baik tinggalkan sahaja dari terus bersama dengannya.

Nak hubungan yang serius dan matang, anda perlu tahu bagaimana nak mencoraknya. Nak pula hubungan jauh dari toksik, jangan sayang membabi buta. Ini baru bercinta belum berkahwin lagi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen