Tangguh Majlis Bukan Sebab Kalian Tak Ada Jodoh, Tapi Ujian Untuk Bersama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak menuju satu hubungan halal itu bukanlah satu perkara yang mudah, baik dari saat kalian bercinta mahupun bertunang. Sebab itu, saat-saat ini ada sahaja ujian yang akan datang mengganggu dan menguji hati kalian sendiri.

Selalunya, ada orang diuji dengan kehadiran orang ketiga, ada juga yang diuji dengan restu keluarga malah tidak lupa diuji dengan sikap pasangan itu sendiri. Nak buat sesuatu yang baik itu memang banyak ujiannya, nak-nak lagi bila anda ingin halalkan hubungan kalian.

Masa ini sudah tentu ramai yang berubah hati, ada yang merasakan dia bukan ditakdirkan untuk anda, bahkan ada juga yang mampu bertahan walaupun pasangannya telah melukakan hatinya. Semuanya bergantung kepada anda tetapi anda perlu berfikiran jelas dan matang akan perkara ini. Jangan pula terlalu ikut hati.



Ujian yang paling berat sebenarnya adalah bila mana hubungan semakin dekat untuk dihalalkan tetapi dihujung-hujungnya terpaksa ditunda atau dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

“Syaitan gembira jika anak adam batalkan perkahwinan...”

Jadi, akan banyak dugaan yang tidak diduga mula berkerumun di benak fikiran dan sememangnya ada hikmah kenapa Islam dan kebanyakkan orang seboleh-bolehnya mahu sesuatu pernikahan itu dilangsung secepat mungkin untuk mengelak sebarang kecelakaan berlaku. Jangan terkejut, jika iman tak tetap di dada, ada sesetngahnya yang tiba-tiba berasa ragu-ragu lalu mahu memutuskan pertunangan sekaligus membatalkan perkahwinan di saat akhir kerana fikiranan dan jiwanya sudah berjaya diracuni syaitan.



Tapi berlainan pula bila anda terpaksa berdepan dengan ujian tangguhkan perkahwinan atau batalkan tarikah seperti yang dirancang. Mungkin ada beberapa perkara yang perlu anda fahamkan disituasi si dia. Mendesak untuk melangsungkan hubungan kadang kala tidak membawa pengakhiran yang baik.

Jangan terus menuding jari atau menyalahkan pihak tersebut, tetapi cuba memahami keadaannya dan selesaikan masalah itu. Ada yang berpendapat bahawa masalah ini adalah antara punca si dia bukan jodoh anda.



Berfikir dan membuat keputusan secara matang, jangan bertindak terburu-buru kerana merasakan anda terpaksa menanggung malu dan juga perbelanjaan yang berlebihan.

“Boleh jadi, dugaan yang datang saat-saat ini adalah cara untuk anda kenal dirinya dengan lebih dalam lagi...”

Kalau boleh buat seadanya dan memudahkan si dia, permudahkan. Jika perlu tunggu, sabar dan yakin dengan ujian dariNya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen